Rabu, Ogos 05, 2009

BASIKAL

Apabila membeli basikal baharu untuk anak sulung baru-baru ini, saya lekas terhimbau kenangan berbasikal ketika belajar di Urdun dulu. Ya, berbasikal. Basikal adalah sejarah saya. Ibarat komputer riba dan telefon bimbit kini, basikal adalah teman saya paling akrab suatu ketika dahulu. Berpisah dengan basikal kala keluar dari rumah adalah azab yang tidak terucapkan.

Tanyalah teman-teman sepengajian yang segenerasi dengan saya. Pastinya mereka akan tersenyum, mengiyakan malah boleh menyebut nama-nama kami (yang hanya beberapa orang) yang betah berbasikal. Ah, tohmah orang, naik basikal bukannya thiqah!

Barangkali ramai yang tidak tahu bahawa Urdun dulunya adalah negara tanpa motosikal. Kalau ada pun penggunaan motosikal hanya terhad kepada beberapa profesion sahaja seperti polis trafik dan staf pejabat pos universiti (yang saya nampak). Selain itu, kami menggunakan kenderaan awam seperti teksi, coaster dan bas untuk ke mana-mana.

Universiti Yarmouk bolehlah dikatakan universiti yang paling strategik di Urdun. Kedudukannya yang terletak di tengah-tengah bandar Irbid tidak menuntut masa yang lama untuk pelajar tiba ke bilik-bilik kuliahnya. Cukup dengan berjalan kaki sahaja. Kalau ada duit lebih atau biasisiwa/pinjaman baharu diterima, boleh sahaja selesa berteksi.

Tetapi bagi pelajar Kulliyyah Lughah seperti saya, dengan kedudukan bangunan fakulti yang agak jauh ke timur kampus universiti masakan mahu menaiki teksi atau coaster. Berjalan kaki juga saya fikir tidak berapa praktikal. Darul Ulum, rumah kami atas bukit. Hendak ke kuliah, kena turun bukit, kemudian naik bukit semula. Kena pula kala musim panas, belum tiba di bilik kuliah, baju sudah lencun dengan peluh. Lalu saya dan dua lagi teman serumah nekad memiliki basikal. Peduli apa soal thiqah atau tidak!

Bagi kami, segalanya mudah dengan basikal. Untuk ke kuliah, ke kelas talaqqi, ke masjid, ke pasar, ke kedai, ke rumah siswa-siswi, ke Duwar Jami'ah, ke Duwar Iskan - tiada masalah. Segalanya mudah dan cepat, malah sangat jimat.

Ah, basikal memang sejarah!

4 komentar:

MisKuki,  8:00 PG  

basikal mmg menjimatkan n mesra alam...

abamuaz 11:18 PG  

salam ziarah.. ya. teringat zaman dulu2.. kami kat al bayt pun naik basikal jugak..ingat masa kat sakan dulu basikal kena kunci bukan bimbang dicuri.. nanti ditiup angin hingga ketengah padang..

chenderawasih,  4:43 PTG  

haiya, ada juga yg anggap naik basikal pun tak tsiqah ?
berat punya pemikiran ini macam.
semua ustaz MESTI SKEMA ? Letih la, payah jadi daie kalau terusan begini.

Zaid Akhtar 7:46 PTG  

miskuki,
memang sangat jimat.

Pak Lah@ abamuaz,
ya,di Mafraq ramai juga yang berbasikal. di Irbid cuma beberapa kerta saja.

chenderawasih,
biasalah tu. orang tengah mengaji, pemikiran belum terbuka. barangkali kini persepsinya sudah berubah.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP