Selasa, Oktober 27, 2009

GILA INDON



Tahukah anda? Jumlah sinetron Indonesia yang ditayangkan dalam tempoh SEHARI iaitu pada 26 Oktober 2009 di TV1, TV2, TV3, NTV7, TV8, TV9, Astro Ria, Astro Prima, Astro Oasis dan Astro Aruna adalah sebanyak 18 buah judul!


Judul-judulnya seperti  Sujudku, Si Cantik dan Si Buruk Rupa, MatahariKu, Liontin, Soleha, Kabulkan doaku, Sekar, Kamulah Syurgaku, Suami-suami Takut Isteri, Tawakal, Hitam Putih, Angin Tak Dapat Membaca, Boneka Poppy, M-Club, Habibah dan Habiba, Tangisan Anak Tiri, IQ Cewek Gua Ancur Bang, dan Abu & Nawas.

Fakta yang menjijikkan ini saya petik dari blog Tuan Zabidi Mohamed (Penulis Skrip Drama Berunsur Islam Terbaik AMIN3).


Memo: Ke Indonkah kiblat kita?


8 komentar:

Sham al-Johori 7:49 PG  

Ya pak Zaid, usah marah-marah sih. Kami hanya mahu tumpang lalu dan ganyang aja. buluh runcing ada di mana-mana, pokoknya yang penting, kami berjaya mengajar kamu makna hidup sebenar.
Usah gawat-gawat sih... ayuh kita ke Bandung dan Jakarta. Enak banget dong pak....

Md Nizar Parman 9:14 PG  

Salam Ustaz,
Orang Malaysia tak reti buat dramakah? Drama dan telefilem tempatan tak berkualitikah? Atau fikiran orang KITA telah "diganyang" sutradara dari tanah seberangkah?

Zaid Akhtar 5:29 PG  

Bapak Sudin Al-Johori,
apa barang?
apa bapak sidah disihiri gadis Bandung? :-)

Bapak Nizar,
pengamal media kita barangkali masih berfikir di kelas ketiga.

Rusdi Abd Rahman 1:53 PTG  

Pak Zaid,
Gue suka banget sinetron Indon dalam foto tu yach... kerna tajuknya 'Chelsea' ajah. Bijak Pak Zaid pilih foto tu yach...
Mungkin kok ada sinetron judulnya 'Liverpool@YNWA' atau 'Man U Masa Kecederaan'?
Hehehe...

Zaid Akhtar 9:21 PTG  

Pak Rusdi,
I hate chelsea.
:-) YNWA.

Ibnu Ahmad al-Kurauwi 9:25 PG  

Sedang membilang berapa buah drama yang sudah disiarkan di dada media mereka. Bukan pada 26 Oktober 2009, tetapi sejak mereka dan kita Merdeka. :)

lailiyusof 9:38 PTG  

yang dimaksudkan dengan kiblat oleh penulis dalam fahaman saya adalah ikutan , ya bukan? sila betulkan jika tersilap..

tidak semua apa yang datang daripada indonesia buruk, yalah yang buruk itu tetap buruk.. sinetron yang tidak mempunyai apa erti..

namun begitu ada juga program tv yang boleh dicontohi. contohnya Pildacil (Pilihan daie kecil)yang melatih kanak-kanak untuk menjadi seorang daie.. dan saya pasti mereka yang mahu menaikkan agama islam berusaha kearah menghasilkan filem/drama yang boleh membawa manusia mengingati Allah.

saya pasti sinetron yang dihasilkan adalah natijah daripada perang pemikiran yang dibawa oleh barat yang mana malaysia dan banyak negara islam lain turut terkena perang pemikiran ini..

sememang kita perlu mengingatkan umat kita tentang apa yang seharusnya dan sejalan dengan islam..jzkk diatas peringatan

lailiyusof

Nani Nuraini,  12:20 PG  

Salam...

Sebenarnya tak suka menulis @ komen kat mana2 blog tp yg ni agak menarik.

Apa kes ni? Apa lak kecoh2 pasal sinetron utz? Bg la chance ibu2 tgk rancangan kesukaan mereka. Tak semua yg disiarkan tu tak baik even byk mudharat drpd manfaatnya. Rasanya la kan, drpd p keliling rmh jiran mengumpat pok pek pok pek atau buat benda lg tak elok, kira ok lgla lepak kat rmh tgk sinetron. Lainla klu utz nak tlg ajar ngaji ke apa ke...

Kiranya mau blajar slang indonla drpd sinetron. Kotla jodoh ngan org sana. Apa menjadi satu kesalahan jg ya utz? Klu iya ya nggak papa. Emangnya juga nggak suka tgk sinetron mahupun drama melayu. Buang masa ah!

Jgnla syadid sgt utz. Berdakwah biarla berhikmah. Jgn disebabkan sikap kita org semakin jauh drpd Islam. Tak semua org faham apa yg kita faham. Kita sepatutnya menerang, bukan menghukum.

Ps: Ada information mengatakan salah sorang drpd team fc, warga israel. Klu x silap dlm liverpool. Ntahla...

Nani Nuraini
fc Chelsea

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP