Ahad, Oktober 25, 2009


PETIKAN PIDATO PENERIMAAN ANUGERAH SASTERA NEGARA OLEH SN ANWAR RIDHWAN

Persuratan dan bahasa "azwar" yang baik,
Tamsil makhluk dengan yang Khalik,
Perjuangan bahasa bukanlah pelik,
Kuasai yang asing, tak tercicir milik.

Hang Tuah kuasai berbelas bahasa,
Melalui munsyi bahasa yang berjasa,
Bukan dengan "pandai besi" berbadan sasa,
Bukan dengan "pandai emas" mencanai suasa.


Kuasai bahasa Arab di dalam dada,
Bahasa Barat dan Timur di dalam minda,
"Seribu bahasa kita bicara,
Manakan sama bahasa bonda".

Ke manakah arah bahasa Melayu?
Dipandang rendah tak banyak yang mahu,
Sesekali dipakai miskinnya mutu,
Nama tempat, jalan dan bangunan tidak menentu.


Alangkah molek bercitra kebangsaan,
Setiap bangsa rohnya diciptakan Tuhan,
Tercabut rohnya citra pun kehilangan,
Bagaikan tanah ini tidak bertuan.

Baca lanjut.


1 komentar:

Yusz Felda@mahkamah-akhirat 6:41 PTG  

a.kum akh, yazid.. syukur jumpa blog enta ni.. ana dah buat link ke blog ana.. jumpa melalui link ust zuridan m.a al bayt.. ana boleh tolong edar/jual buku enta di tawau, sabah ni.. buku ust shahrul azmi pon ada ana jual juga.. ok jumpa lagi.. mai jalan blog ana..

www.mahkamah-akhirat.blogspot.com
(019-4548454)
yus perlis

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP