Khamis, November 05, 2009

BETAT

Segala-galanya boleh. Jika mahu berjaya, maju dan popular, segalanya harus dilakukan. Tanpa mengira soal bermoral atau tidak, menyentuh sensitiviti pihak lain atau tidak, halal atau haram di sisi agama, segalanya boleh, boleh dan boleh. Apatah lagi jika berada di sebuah negara yang digelar Bolehland.

Iklan kita semakin teruk. Terlalu banyak untuk diperincikan satu persatu iklan yang masuk dalam senarai keji @ sampah. Selepas sebuah syarikat penerbangan tambang murah mengeksploitasi wanita dan menyuntik elemen lucah  (yang kononnya lucu) di fikiran kanak-kanak, datang pula sebuah lagi iklan dari pengeluar tuala wanita yang meminta peserta menghitung seluar dalam wanita. Hadiahnya juga boleh tahan lumayannya.

Dada kita semakin sesak. Dalam pada Kementerian Pelajaran menambah beban guru dengan mewajibkan subjek Sivik di sekolah, pihak yang satu lagi seronok pula mencipta gimik murahan sebagai pelaris jenama barangan.  Akta yang ada sekadar ada. Pihak yang ditugaskan menguatkuasakan akta pula jenis 'memilih', betat dan tidak sensitif. Bila dijentik telinga, barulah terkejut dan kemudiannya pura-pura sibuk mengacah akan mengambil tindakan.

Bagi syarikat produk itu pula, biarlah lucah sekalipun; sekurang-kurangnya jenama mereka akan melonjak dan menjadi sebutan kembali. Nilai komersial itu penting. Apalah sangat yang ada dengan kemarahan persatuan pengguna. Paling teruk pun akan dapat surat amaran dari pihak berkuasa. Peduli apa.

Baca lanjut di sini.

5 komentar:

naimisa,  11:26 PG  

Nampaknya etika dalam KOD KANDUNGAN SKMM berkaitan kandungan iklan melibatkan benda2 ini, tidak dipedulikan.

-----------
Tulis tanpa kuat kuasa pun tidak guna juga.

Azhar Salleh 12:54 PG  

Salam USTAZ ZAID,
Iklan "Potong" yang galak sekarang kat TV, dianggap iklan berunsur lelucon, sedangkan hukum Islam sedang dipermainkan. Memang bangsat pengarah iklan itu, termasuk mereka yang meluluskannya. Kalau kita ketawa menonton iklan itu, adakah kita pun bangsat juga? Mengira seluar dalam wanita suatu pencabulan yang amat memualkan, dan ironinya, Malaysia negara Islam????

Md Nizar Parman 8:40 PG  

Salam Ustaz,
Memang kurang ajar pihak yang bertanggungjawab pertandingan ini. Sudah tiada benda lainkah yang hendak dikira? Dan sesiapa sahaja yang menyertai pertandingan ini termasuklah dalam kategori ini, "bodoh dan bangang lagi bebal!" Tak ada maruah ke? Pihak yang meluluskan pertandingan pun ini bolehlah dianggap mengalami sindrom gila akan "seluar dalam".

iKhwan89 1:15 PG  

salam ustaz....
hmm...negara kita dah memang semakin terkikis moralnya selepas era penjajahan british ke tanah melayu..semenjak dari itu...nilai-nilai murni dalam masyarakat semakin terkikis...kalau kite cekap dan teliti,rupe2nyer inilah strategi yahudi nak menjatuhkan agama islam...die taw dengan berlawan mnggunakan senjata yahudi pasti kalah,die buat plak perancangan mengawal minda dan ideologi manusia,,,hidup di pisahkan dari Tuhan,secara automatiklah Tuhan menjauhkan diri dari manusia..kan Tuhan cakap,selangkah kita rapat dengan Tuhan,seribu langkah Tuhan rapat dengan kita,selangakah kita jauh dengan Tuhan,seribu langkah Tuhan jauhkan diri dari kita...natijahnya...manusia semakin hilang rasa berTuhan,disebabkan hilangnya rasa berTuhan itulah...moral-moral manusia@fitrah manusia tidak dipedulikan..asalakan dapat unutng..itulah yang lahirnya iklan peraduan mengira seluar dalam wanita ni..."biarlah orang nak kate,asal peniagaan aku untung.."em..ni pendapat saya..kite boleh kongsi2..(^_^)..wabihi wallahu a'lam

muhammad fakhruddin 12:55 PTG  

Assalamualaikum ustaz,
sudah lama saya perhatikan fenomena menyesakkan mata memandang ini,sejak drpd iklan tuala wanita mula berleluasa saya pun mula tak sedap hati.

Adakah ini yg dikatakan 'the lost of adab' oleh Prof. Dr. Syed Naquib Al-Attas?

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP