Ahad, November 01, 2009

JOM ke RFC KLUANG!


Petang Rabu lalu, saya ke Kluang untuk menghadiri mesyuarat penyelaras Pra-U di Sekolah Tinggi Kluang. Tiba-tiba sahaja dikehendaki hadir. Kerja melambak di sekolah. Surat pula baru difakskan pada sebelah pagi. Lalu saya bermusafir sejauh 110 kilometer dengan separuh hati.

Mesyuarat usai jam 5 suku meskipun penceramah undangan dari Putrajaya tidak sampai-sampai. Sejurus solat Asar di Masjid Jami' Kluang, saya memandu ke Pusat Bandar. Niat saya hanya satu, mahu singgah di Radix Fried Chicken (RFC) Kluang yang dengarnya baru dibuka Sabtu minggu lepas (23 Oktober 2009).

Lokasinya cukup strategik. Terletak betul-betul di hadapan Kluang Mall yang menempatkan pasaraya Pacific. Jika mahu ke Mersing dengan melalui pusat bandar, kita akan melintas di hadapan restoran makanan segera Islam-bumiputera ini.

Ya, ini kali kedua saya ke RFC. Pertama kali menikmati juadahnya pada November tahun lepas di RFC Sungai Petani. RFC Kluang ini rasanya adalah francais ketiga di Malaysia selepas Sungai Petani dan Alor Setar. Agak sempit di tingkat bawah, tetapi masih ada ruang makan di aras dua.

Nampaknya francais HPA semakin berkembang dan berkembang. Saya pasti, umat Islam memang menanti-nantikan pembukaannya di tempat mereka.

Tahniah HPA!


6 komentar:

Md Nizar Parman 9:28 PG  

Salam Ustaz,
Saya yang terhampir dengan RFC pun nampaknya belum berpeluang menjejakkan kaki di RFC, menjengahnya pun belum. Walau bagaimanapun, saya berbangga dengan perkembangan yang baik dan sihat ini. Kalau ditukar kepada Malaysian Fried Chicken atau Ayam Goreng Malaysia bagaiman? Hehehe. MFC... bukan Mawi FC!

~ciknura~ 3:51 PTG  

Ustaz,kalau mahu ke RFC Sg Petani lagi, hubungi saya ya!=D

ummuammar 10:25 PTG  

Salam..

Kenapa agaknya RFC ke Kluang dulu slp Kedah?..ni yg jeles ni..padahal Kelantan & Trg lagi dekat..hihiihi

helmiwafie 8:04 PTG  

sebab kluang ni best..huhu. UStaz saye pun belum sempat lagi ke sana. sedap x?

Zaid Akhtar 8:47 PG  

Salam semua,
RFC dibuka di Kluang dulu mungkin kerana HPA nak tawan wilayah selatan.

Ayam goreng di RFC adalah ayam organik. Bukan ayam biasa. Ayam yang 'ditarbiah' dan hidup lebih lama daripada ayam daging di pasaran

Tanpa Nama,  11:44 PTG  

Salam..

Alhamdulillah. Dah sampai Kluang.
Trtunggu2 nak dbuka d Johor!
Sambutn hebat di Alor Setar.
Masa time Ramadhan buka sampai 4am.
Sambutn d Alor Setar sgt konsisten.
Smestinya rasa x mcm KFC.
Tp knapa dbandingkn?
Walhal mmg produk yg brlainn!
Smmgnya sy ada kpentingn dlm RFC.
Kpentingn sbg seorg muslim!
Allahuakbar!
Ayuh ke RFC!

-Boikot Israel
-Sokong produk Muslim!
-Bebaskn ekonomi umat!

RR

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP