Selasa, November 03, 2009


Kemelut Novel Islami?

Oleh Nurul Farina Nazlan


SASTERA Islam kini dilihat semakin terarah untuk mengikut pendekatan penulisan sastera popular apabila semakin ramai penulis baru dalam kelompok ini berusaha mencipta nama dengan novel Islam berbau pop selepas Ayat-Ayat Cinta menjulang nama Habiburrahman el-Shirazy. 

Kejayaan Habiburrahman memenangi sebahagian besar peminat novel Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam, sehingga ia dipindahkan ke filem dijadikan sebagai landasan untuk menghasilkan karya sedemikian bagi menjamin ‘pelaburan’ idea dan pengorbanan masa mereka mendapat pulang baik.

Novelis Islami, Zaid Akhtar, mengakui bahawa sejak ‘demam’ Ayat-Ayat Cinta melanda Indonesia dan Malaysia, semakin ramai penulis terdorong untuk menulis novel berkonsep sedemikian dengan harapan mereka turut dapat menumpang tuah pengarang Indonesia terbabit. 

“Barangkali disebabkan sambutan hebat terhadap novel popular itu yang diulang cetak berkali-kali membuka mata pelbagai pihak termasuk penerbit dan penulis bahawa novel dan karya Islam juga mampu menarik minat masyarakat untuk menjadikannya sebagai wacana ilmu,” katanya kepada Sastera ketika ditemubual secara dalam talian.

Baca lanjut.

(Sumber: Berita Harian 3 November 2009)


4 komentar:

Rusdi Abd Rahman 9:27 PTG  

Cikgu,
Saya membaca tulisan ini dalam akhbar BH seawal jam 8.15 pagi tadi. Tahniah atas pandangan cikgu tersebut. Cikgu kena tulis tentang hal ini dalam bentuk artikel lalu dihantar ke Jendela Selatan, boleh tak?

Md Nizar Parman 11:49 PTG  

Salam Ustaz,
Tersenyum saya melihat wajah ustaz dalam ruangan sastera BH yang mengupas novel Islami. Begitulah lazimnya, penangan "dari seberang" sentiasa mendapat sambutan hangat di negara ini. Jika begitu keadaannya, sesuatu harus dilakukan oleh novelis Islam tanah air untuk menghasilkan karya yang mampu mencetuskan fenomena baharu dalam dunia sastera Islam. Salju Sakinah tidak kurang hebantnya!

Zaid Akhtar 8:45 PG  

RAR,
memang ada positif dan negatifnya.
Bila 'tarikh mati' untuk dihantar ke Jendela Selatan?

Cikgu Nizar,
sekadar pandangan. Mungkin ada yang tidak setuju. Biasalah tu. Namun tangapan saya setakat ini begitu.

S.K.,  11:04 PTG  

salam,

masih merajuk... tapi, nak salin entri ni ke forum fikirasa... bila ada mood, nanti, akan komen di situ...
tu pun kalau mood datang...

wassalam.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP