Khamis, November 12, 2009


MASIH SEGARKAH NAILOFAR?

Menjadi siswa menuntut upaya ilmu. Upaya kepimpinan. Upaya iltizam, intelek, sabar cekal kental.

Iqbal siswa tahun akhir, merenangi laut duga di bumi Isra' bersarna sekalian rafik-Syahid penuh wibawa, Hamizan si tukang masak, Widya si teguh prinsip, Nur Hazwani penyokong yang lembut, dan Icha yang memahami, serta Aiman pejuang Palestin yang sentiasa diburu ancaman.

Sibuk mendepani imtihan, dipasung rindu resah kepada Salsabila yang jauh, disakat oleh pengagum yang tak pernah alah mengacah lewat selindung e-mel, Iqbal ditahan, disoal siasat atas nama jihad.

Sesegar kuntuman nailofar diapung air, Iqbal tidak pernah layu oleh gelombang ganas walau atma jadi taruhan.

Memo: Novel sulung saya ini sudah ada versi PDF rupanya.

4 komentar:

Faery 10:56 PTG  

sesegar nailofar, novel pertama yang saya baca sewaktu di darjah 3..
terima kasih menulis novel yg menjadi 'pembuka selera' saya kepada novel2 melayu yang lebih matang..=)

Nisah Haji Haron 7:54 PG  

salam. versi PDF tak berapa lengkap tetapi terlalu banyak kalau hanya untuk tujuan promosi. tak faham bagaimana utusan boleh izinkan. kena baca balik perjanjian, adakah pengarang memberi izin kepada penerbit memindahkan daripada versi cetak kepada versi pdf.

Zinnirah 9:00 PTG  

ustaz..ingat saya lagi? syukrina. pelajar ustaz dulu..Alhamdulillah Allah izinkan saya bertemu dengan ustaz di sini. sampaikan salam saya buat isteri ustaz dan anak2. semoga sentiasa di bawah rahmat dan hidayah allah. Doakan yang terbaik buat saya. now sedang masuk tahun ke 3 di Nursing College Melaka. Insya Allah ada niat untuk sambung pelajaran ke oversea. Mudahan Allah permudahkan jalan hidup saya. Amin.

Ustaz minat music Sami Yusuf? =) sekadar bertanya.

amiza khusyri 12:53 PTG  

Tuan,

Novel yg tidak akan saya lupa. Novel sastera pertama yang saya baca. Jujur, keaslian novel ini di tangan tuan tiada tandingannya.

Ruh Islam, Ruh Perjuangan dalam Sesegar Nailofar.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP