Jumaat, November 20, 2009

MENJEJAK RONA-RONA DI BOSPHORUS

Tiba-tiba saya terasa rindu untuk kembali semula menjejak naratif silam. Rona Bosphorus - saya kembali membelek naskhah yang hampir saya lupa kerekter sebahagian watak pentingnya. 2002 - 2009. Bermakna sudah tujuh tahun lamanya usia naskhah berlatar Istanbul itu. 

Novel kedua saya itu seingat saya ditamatkan dengan tragedi gempa bumi yang meragut nyawa Ilhan yang bakal bernikah dan penangkapan Erfan yang dituduh pengganas berbahaya. Afham berhijrah ke Universiti Fatih sementara Amal Hayati pulang ke Malaysia. Banyak yang tidak selesai kata para pembacanya dalam naskhah itu. Penyelesaian yang tidak membahagiakan, namun mungkin ia wajar ditamatkan demikian memandangkan derita umat Islam Turki yang tidak berkesudahan.

Saya tiba-tiba rindukan angin Selat Bosphorus yang sering membelai dan mencium pipi.

3 komentar:

myownmind 2:40 PTG  

serius.. lebih besh drpod Salju Sakinah..atau Ayat2 cinta.. lu tulis nie mcm lu dodok dan lepak berjuang dengan set2 Turki tue...

Pei Pan 7:50 PTG  

Saya suka novel ni. Mungkin boleh di buat sambungan nanti.

NSyahidaS 2:07 PTG  

Walaupun bukan novel pertama yg saya baca, tapi merupakan novel pertama yg menanam minat membaca karya-karya berlatar islam.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP