Khamis, Disember 17, 2009

20



Saya masih ingat 20 tahun lalu, ketika Temasya Sukan SEA 1989 di KL, skuad Harimau kita yang dibarisi Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, Lim Teong Kim, Azizol Abu Haniffah, Rashid Hassan, Hashim Mustapha, Serbegeth Singh, Chow Siew Yai, dan beberapa lagi pemain handalan era tersebut berjaya membenam cabaran Singapura. Meskipun gol saguhati yang dijaringkan oleh Fandi Ahmad menerusi bicycle-kick cukup menarik, namun Malaysia tetap menang bergaya 3-1. Seingat saya juga, saya baru selesai menduduki UPSR seminggu sebelum itu. Menonton final dengan TV warna Sharp 21 inci yang baharu dibeli oleh mak dan TV itu masih bertahan hingga kini.

20 tahun lamanya menanti. Kini barulah ada sedikit sinar kepada bola sepak negara yang akhirnya melunaskan hajat dua dekad itu. Namun dari segi persembahan, skuad bimbingan Trevor Hartley itu lebih bertenaga, konsisten dan kreatif saya kira. Mungkin yang menang kali ini baru 23 tahun agaknya. Yang dulu itu, diperkuat oleh dua pemain yang bukan sahaja digeruni di Asia Tenggara  malah di Asia ketika itu - Dollah dan Zainal.

Harap-harap selepas menang ini, para pemain janganlah demand lebih-lebih sangat. Ekonomi tak berapa bagus sekarang. Yuran sekolah berasrama pun katanya dah naik. Bukan RM1 untuk sehari lagi macam dulu bagi pelajar yang ibu bapanya bergaji besar. Kerajaan pun janganlah beri melampau sangat. Barulah nampak pemerintah berhemat dan tahu berjimat. Bimbang jika terlebih bagi, masing-masing mua dan asyik joli. Kelak terpaksalah kita menanti 20 tahun lagi.

Apapun, tahniah!
Salam Maal Hijrah 1431.

Memo: Foto skuad emas 1989.

2 komentar:

armouris 1:18 PG  

tahniah Malaysia!! hati-hati jangan tercedera semasa bermain bola sepak - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

Rusdi Abd Rahman 8:55 PG  

Cikgu,
Sama-sama rasa bangga atas kejayaan yang bermutu ini. Ya... memang awalnya tiada harapan, cuma yang takut kini 'penyakit unggul' sukan Malaysia (termasuk bola sepak) akan kembali pabila menang sesuatu maka 'riuh dan besar kepala' selepas itu terus merudum... harap tidak begitu berulang terjadinya 'penyakit' ini.
Apa-apapun PASUKAN UTAMA bola sepak kebangsaan juga harus buktikan sesuatu peningkatan dan kejayaan khasnya peringkat Asia Tenggara dalam kejohanan yang lebih besar dan unggul.
Pada tahun 1999 menang emas kerana pakai jersi jenama ADIDAS, tahun 2009 menang emas pakai jersi jenama NIKE, nanti tahun 2029 menang emas pakai jersi jenama apa ya...? Hehehe...

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP