Rabu, Disember 23, 2009

BIANGLALA BOSPHORUS di Majalah ANIS 


Insya-Allah, novel bersiri terkini saya berjudul Bianglala Bosphorus akan dapat diikuti siri-sirinya di Majalah Anis mulai Januari 2010. 


Novel ini adalah sequel kepada novel kedua saya yang terbit pada 2003 iaitu Rona Bosphorus

Untuk mengikuti mukadimah @ siri pertamanya, dapatkan Majalah Anis edisi Januari 2010 yang sudah berada di pasaran sekarang.


Memo: Apakah makna bianglala? Sila klik di sini.

6 komentar:

Kamariah Kamarudin 10:39 PTG  

salam sdr. Zaid
sekalung tahniah di atas perkembangan mutakhir ini. berkarya terus demi memartabatkan persuratan Islam!

Zaid Akhtar 12:19 PG  

Terima kasih, Dr. Hajah.
Atas ucapan atas kunjungan
Begitulah nampaknya cuti-cuti begini.
Terpaksa "mencari penyakit" untuk memaksa diri berkarya. :-)

sha'ari 12:55 PTG  

sy da dptkan mjlah Anis..tp syg la sbb hnya 2 muka surat jer..xpUas.. (^_^)

Md Nizar Parman 10:52 PTG  

Salam Ustaz,
Tahniah saya ucapkan. Ternyata ustaz memang seorang penulis jalur ketiga yang sangat prolifik. Tidak mengapa "mencari penyakit" yang memang sudah ada "penawarnya". Selepas ini, boleh ditambah "penyakit" itu. Hehehe....

Zaid Akhtar 11:19 PG  

Salam.

Shaari,
memang susah nak puaskan orang.:-)
terima kasih kerana mengikuti.

Cikgu Nizar,
penyakitnya masih kronik dan kritikal. Perjalanan novel ini masih jauh. masih samar-sama berapa kilometer destinasinya.:-)

Tanpa Nama,  10:36 PG  

Ish..kenapa saya tak perasan ada novel bersiri baru karya Ust dalam Anis yang baru sampai..tak samar nak balik membacanya..Selamat berkarya..saya pasti akan menjadi pembaca setianya..Moga Allah berikan idea mencurah2..Azzah.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP