Khamis, Disember 03, 2009

KENDURI WAZIR di DEWAN SASTERA DISEMBER 


PUJIAN demi pujian tiba-tiba mengapung ke langit.
            “Inilah rekod baru negara!”
            “Inilah langkahan saujana!”
            “Belum ada yang sepantas dia. Baru setahun jagung dalam siasah sudah bergelar menteri.”
            “Dia memang terlebih layak. Pemimpin sepertinya cuma satu dalam sejuta.”
“Dia tokoh prihatin dan penyayang. Alangkah beruntungnya rakyat punyai pemimpin sepertinya. Tentu tiada lagi rakyat terbiar kelaparan dan menderita.”
“Dia tokoh bersih suci. Rasuah pasti diperangi. Tiada rakyat tertindas lagi.”
            “Dia tokoh ilmuwan. Budaya ilmu jadi keutamaan. Institusi pendidikan akan tumbuh bagai cendawan.”
            “Dia tokoh ulama. Islam pasti akan lebih gemilang. Masjid-masjid tentu akan lebih makmur. Ibarat baldatun toyyibatun wa rabbun ghafuur.”


Memo: Mahu baca lanjut bagaimana sudahnya Kenduri Wazir, sila dapatkan Dewan Sastera edisi Disember 2009 yang sedang berada di pasaran. Selepas 9 tahun kemarau, akhirnya sebuah lagi cerpen saya tersiar di Dewan Sastera. Jutaan terima kasih buat Kak Rozninah, editor tersohor majalah sastera terprestij itu yang sudi mengundang saya menjadi Karyawan Bulan Ini dan menulis sedikit tentang perjalanan dan pengalaman penulisan yang tidak seberapa ini.


6 komentar:

S.K,  12:41 PTG  

Salam,

tahniah, Ustaz :)
Tak sabar membaca... sedang menantikan langganan tiba di rumah Johor...

Kemarau saya cuma empat tahun... kalau masuk tahun depan, baru lima tahun... huhu...

Wassalam...

Rusdi Abd Rahman 9:11 PTG  

Cikgu Zaid,
Secara peribadi diri ini tertarik lain macam rasanya tentang majalah Dewan Sastera Disember 2009 kali ini kerana adanya Cikgu Zaid selaku Karyawan Tamu, adanya sorotan majlis Hadiah Sastera Darul Takzim, dan adanya sorotan program Pengucapan Puisi Alam Gunung Ledang.
Hehe...

Md Nizar Parman 10:36 PTG  

Salam Ustaz,
Tahniah daripada hamba. Setelah kemarau 9 tahun, anggaplah ini hujan rahmat. Hehehe... Nampaknya DS Disember belum menjengah pintu rumah saya. Insya-Allah. Nampaknya saya belum bisa menembusi mana-mana majalah terbitan DBP. Mungkin ini SKT saya untuk 2010.

WAN MARZUKI 7:32 PG  

Sdr Zaid,

TAHNIAH terpilih jadi karyawan tamu DS bulan ini. Sdr memang hebat. Membaca 'Rona Bhosphorus' bagaikan kesinambungan manis untuk saya selepas terhasilnya cerpen saya 'Lambaian Bhosphorus' yang menang hadiah Sastera Utusan 1999 lalu. Tahniah dan terima kasih.

Zaid Akhtar 10:58 PTG  

salam semua.
terima kasih.

SK,
cerpen biasa2 aje. :-)

RAR,
banyak sekali artikel tuan dlm DS kali ni. :-) moga terus progresif.

Nizar,
cerpen terakhir saya di DS pada November 2000. Nil Masih Mengalir.

ustaz wan,
ya, saya masih ingat cerpen tuan itu. mungkin ada paralel dari segi isunya.

Melihat Kesunyataan 11:50 PG  

Ustaz,
Tahniah kerana menjadi tokoh karyawan dlm DS bulan Disember ini.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP