Selasa, Disember 01, 2009

NOVEL YANG KEKAL RELEVAN

Berikut antara petikan tulisan penuh Mahathir dalam blognya Chedet yang disiarkan pada 30 November 2009 jam 12:07 tengahari.

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).


3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

Baca lanjut.


5 komentar:

Rusdi Abd Rahman 12:51 PG  

Cikgu,
1. Saya membaca entri Chedet ini tiga hari yang lepas. Memang itulah dinyatakan secara terbuka oleh Chedet tanpa berselindung kecuali tidak dinyatakan nama 'seorang bekas pemimpin yang kanan' itu.
2. Novel 'Shit' ketika mula terbit (sekitar tahun 1999) amat payah diperoleh, saya memperolehnya melalui pasaran gelap ketika itu dengan harga 2 kali ganda... lantas membacanya dalam tempoh cuma 2-3 jam sahaja (satu rekod peribadi sendiri yang belum dipecahkan ketika membaca novel yang lain sehingga kini), saya masih menyimpannya. Ada dan sungguh benarnya novel ini kekal relevannya. Tahniah Shahnon.

Zaid Akhtar 1:07 PG  

Tuan RAR,
Novel ini "haram" dibaca menurut sesetengah penulis. Tak pasti berapa cetakannya sebenar. mungkin cecah ratus ribu.

Saya paling ingat dalam satu edisi majalah Tamadun, editor Suria Janib (skrg staf DBP) ada menulis mahu ambil gambar Cikgu Shahnon depan jamban di rumahnya sambil pegang novel ni - kalau tak silap.

naimisa,  8:33 PG  

Ya, memang sesuai jolokan raja novel politik yang diberikan kepada SN Shahnon.

--------
Saya masih ingat apabila dicetak dengan banyaknya di K.B, ia dijual dengan RM10.00 sahaja sebelum pengharamannya dikuat kuasa.

Tahniah! SN Shahnon.

Pei Pan 7:48 PTG  

Saya baru beli novel ni. Tapi belum habis baca. Sebenarnya, pada saya tak perlu ada sebab pun untuk haramkan novel ni. Realitinya sudah ada di depan mata.

NASSURY IBRAHIM 12:44 PTG  

Ya, Takkan kita nak BERTUAN lepasan SPM. Kalau cerdik, tak apa juga. Ni banyak menipu dan kejam.

Kepada mereka, untuk jadi cerdik, sila berkunjung dan beli buku di 'kedaibukumaya.blogspot.com'

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP