Rabu, Januari 14, 2009

JANGAN BOIKOT KFC?

Dua hari lalu seorang teman menelefon saya. Rasanya Jumaat lalu kali terakhir kami bertemu setelah sama-sama menunaikan solat hajat mendoakan kesejahteraan saudara seIslam kita di Gaza. Saya masih ingat, kami sama-sama sebak tatkala mengaminkan qunut nazilah yang dibacakan oleh segerombolan aktivis anti-Zionis.

Katanya, Zaid, kau tahu, semua orang sibuk boikot produk yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat yang menaja peperangan Zionis menghancurkan Palestin. Ramai ulama dah keluar fatwa. Hampir seluruh negara negara Islam dah mulai memboikot. Tapi aku dengar ada arahan agar mengecualikan KFC dan logonya daripada senarai produk yang mesti diboikot.

"Pulak dah? Apa fasal?" tanya saya. "Ada pengecualian pula?"

"Mereka tak beri boikot. Katanya ada saham anak syarikat kerajaan negeri dalam KFC."

Saya terpinga. Gesit terbayang sekolah-sekolah milik PBB yang dibom oleh tentera binatang Zionis menerusi serangan udara. Lekas terngiang saranan Tun Mahathir di Masjid Negara. Cubalah dulu boikot sebulan. Kalau mampu, kini dan selamanya!

Memo: Bagi maklumat terkini tentang perkembangan di Palestin, sila klik sini.

Read more...

Ahad, Januari 11, 2009


Sunnah qunut nazilah ini merupakan pendapat para ulama dari mazhab Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi'iyyah, Hanbaliyyah dan lain-lainnya. Imam Syafi'i rahimahullah berkata: "Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh solat wajib." (Syarhus Sunnah karya Al-Baghawi 2/279).

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata: "Apabila turun bencana kepada kaum muslimin, hendaknya imam melakukan qunut dan diaminkan oleh orang yang dibelakangnya." (Al-Mughni 1/450).

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata: "Di kalangan ulama ada tiga pendapat tentang qunut. Yang paling benar dari tiga pendapat tersebut, qunut disunnahkan ketika ada keperluan.،¨ (Taudhih Al-Ahkam).

Pendapat-pendapat diatas tentunya berlandaskan hadis-hadis yang sahih mutawatir seperti hadits Anas bin Malik radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim yang menjelaskan pelaksanaan qunut nazilah oleh Rasulullahu saw selama sebulan pada peristiwa pembunuhan 60 shahabat penghafal Al-Quran, juga hadis Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP