Jumaat, April 03, 2009

TA'ZIAH dan TAHNI'AH

Awal sore. Kawan anta menitipkan SMS. Berjela panjang. Penuh keluhan. Hari ini hari paling malang katanya. Hari hitam dalam sejarah. Kawan anta mahu berkabung selama seminggu. Dia berazam tidak mahu makan apa-apa kecuali meneguk kopi Radix "Mai Secawan".

Anta membalas. Ta'ziah. Moga hari ini menjadi pemula. Percayalah. Kegelapan itu tidak lama. Selain kopi Radix, hang patut cuba Radix Koko pula, sebagai ganti Milo. Tak pun, cubalah Ayam Organik sebagai alternatif kepada ayam daging yang cuma hidup 28 hari.

Menjelang Isyak, ada lagi SMS yang masuk. 13 tahanan ISA dibebaskan. 2 akhbar organ pembangkang juga dibebaskan dari penggantungan 3 bulan. Langkah pertama yang cukup drastik.

Anta membalas: Alhamdulillah. Tahni'ah. Harapnya PPSMI juga dimansuhkan jika dia benar-benar ikhlas. Benar-benar mahukan 'Satu Malaysia'.

Satu lagi SMS datang melayang. ISA juga akan dikaji semula? Wah, benar-benar drastik ni. Bolehkah goncangkan dua bukit dan keruhkan sebatang sungai? Patutnya ISA dimansuhkan terus!

Namun panggilan telefon seorang lagi kawan anta tiba-tiba mengingatkan. Hati-hati. Ingat Presiden Mesir Anwar Sadat dulu masa mula-mula dapat kuasa. Semua tahanan Ikhwanul Muslimin dibebaskan. Tak lama kemudian, habis licin disumbatnya semula.

Memo: Alhamdulillah. Ustaz Mohd Nazri Dollah (bekas pelajar Universiti Al al-Bayt 1994-1999), kenalan lama semasa di Jordan dahulu turut dibebaskan. Salam merdeka, Pak Dol. Khabarnya sudah bergelar hafiz al-Quran di dalam sana setelah teraniaya ditahan tanpa bicara sejak 2006.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP