Jumaat, Mei 08, 2009

PENDEDAHAN

Apa lagi yang awak mahu?

Saya lihat Tan Sri sekarang lebih banyak berbahasa asing berbanding bahasa Melayu. Dalam temu ramah dengan media tempatan pun Tan Sri nampaknya sangat gemar dan bangga menggunakan bahasa penjajah.

Tuah bingkas berdiri.

Hei, tolong sikit. Apa hak awak nak menegur saya? Awak sendiri pun tahu yang saya menguasai hampir dua puluh bahasa.

Ya, saya tahu. Tapi bukankah bahasa Melayu yang menjadi identiti kebanggaan Kesultanan Melayu Melaka dulu? Itulah lingua franca zaman itu. Itulah bahasa ilmu, bahasa perdagangan di Nusantara malah terkenal ke seluruh dunia.

Apa kelas cakap bahasa Melayu macam awak ni?

Eleh, masa Tan Sri menjadi diplomat Melaka ke Siam, Majapahit, China dan India dulu, itulah bahasa perantaraannya. Kita kena bangga dengan bahasa ibunda kita, Tan Sri. Sebagai tokoh ternama, tindak-tanduk Tan Sri menjadi model kepada rakyat. Lagi satu...

Ya salam, ada lagi ke?

Saya juga melihat kecenderungan Tan Sri menghabiskan masa di padang golf. Alangkah baiknya jika masa yang ada itu dimanfaatkan dengan menjenguk rakyat bawahan. Ramai yang perlukan bantuan Tan Sri. Ini tidak, bila ada pemilihan barulah nampak muka.

Awak ni memang dah melampau!

Saya bercakap untuk kebaikan Tan Sri.

Memo: Dialog di atas adalah fragmen cerpen terakhir saya di Mingguan Malaysia berjudul PENDEDAHAN yang tersiar pada 3 Oktober 2004. Baca lanjut di sini.

Read more...

Khamis, Mei 07, 2009

APAKAH JENAMA UBAT GIGI ANDA?

Saya menerima e-mel dari PPIM. Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Isi e-melnya tentang bahaya fluorida yang boleh bertindak sebagai pembunuh senyap. Mungkin ada yang tidak setuju. Doktor-doktor gigi juga mungkin tidak setuju. Tetapi saya rasa elok kita baca dulu.

CAP atau Persatuan Pengguna Pulau Pinang sudah menyatakannya lama dulu. Kini PPIM mengulangi. Sebagai pengguna bijak kita harus menyelidik produk yang digunakan. Halal haramnya bukan sekadar bergantung kepada suci bersihnya pembuatan dan isi kandungan.

OK. Baca dulu.
Kemudian, beralihlah ke jenama yang lebih selamat dan meyakinkan.

Read more...

Selasa, Mei 05, 2009

SETIA DALAM GERAM

"Apa lagi yang kami nak cakap, (dulu) kata Fairus boleh buat kerja, tiba-tiba letak jawatan sebab tidak berprestasi, jadi macam mana nak yakinkan pengundi (sekali lagi)?"

"Mana kami nak taruh muka kami? Malu nak merayu lagi."

"Yang bekerjanya kita, yang bersungguhnya kita; tapi yang naik orang lain. Tak lama lagi, kalau dia rasa bosan dan tak tahan, silap-silap kena mengundi semula."

"Huh! Baju saja biru-putih, badan masih merah."

Baca lagi rungutan geram seorang kawan yang setia di sini.

Read more...

Ahad, Mei 03, 2009

INNAALILLAH

Jumaat. Pulang bercuti sempena Hari Pekerja di Endau. Pagi-pagi lagi telefon rumah mak berdering menerima panggilan jauh daripada Mak Andak di Kuantan. Panggilan tunggal awal-awal pagi begitu biasanya menitip khabar tidak baik. Memang benar. Ada kaum kerabat kami yang pergi menghadap Ilahi. Terkorban dalam kemalangan awal pagi tadi.

Kak Nor, anak Long Maharun meninggal dunia. Begitu juga anak bongsunya, Afiqah Syafiah. Mangsa kereta berlumba? Entahlah. Jenazah kedua-duanya tiba di Masjid Muadzam Shah pada jam 5.30 petang seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Muadzam Shah kira-kira jam 6.10 petang.

Ah! Hati mana yang tahan mendengar tangisan anak yang baru kehilangan ibunya sekelip mata. Innaalillah. Dari Allah kita datang, kepada-Nya jua kita kembali.

Baca lanjut berita tragis itu di sini.

Memo: Gambar Long Maharun sedang memujuk cucunya, Fikri.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP