Jumaat, Disember 24, 2010

PELAJAR BARU


Rabu.
22 Disember 2010. 
Jam 12.25 tengah hari. 
Alhamdulillah segalanya mudah dan lancar. 
Selamat mendaftar di Sekolah Pengajian Siswazah UPM, Serdang.
Macam mimpi pula.
Helo, engkau kini pelajar baru!

Read more...

Selasa, Disember 21, 2010

BUKU TERBARU KAWAN-KAWAN & SAYA

Buku "Bagaimana Saya Menulis : Proses Penciptaan Cerpen" menelusuri pengalaman 17 penulis karya kreatif dalam menghasilkan karya mereka. Menerusi sebuah cerpen terpilih yang dijadikan paksi perbincangan, setiap penulis menghuraikan tentang proses kreatif mereka terutama dari segi latar, pengalaman peribadi, pelukisan watak dan perwatakan hingga memungkinkan cerpen mereka dihasilkan dan menjadi sebuah karya yang bermakna.

Buku ini memperlihatkan kepada khalayak bahawa penulis dengan karya-karya mereka mempunyai hubungan yang sangat erat, sekali gus boleh menjadi panduan dan rujukan kepada khalayak mendapatkan gambaran jelas tentang bagaimana proses kreatif seseorang penulis berlangsung.

KANDUNGAN
Pengenalan  

1. Aminah Mokhtar  
Ya Allah Dia Menangis  
Proses Kreatif "Ya Allah Dia Menangis"  

2. Faisal Tehrani  
Perlak Emak  
"Perlak Emak": Sebuah Kisah Kreativiti Taman Melayu  

3. Jais Sahok  
Jiji - Moga-moga Kau Mendengar  
Proses Kreatif Penghasilan Cerpen "Jiji - Moga-moga Kau Mendengar"  

4. Kamariah Kamaruddin  
Tentang Hijab  
Bagaimana "Hijab" Terhasil  

5. Maskiah Masrom  
Nyanyi Sunyi  
Proses Kreatif Cerpen "Nyanyi Sunyi"  

6. Mawar Safei  
Dia dari Penjuru Tahun Lalu  
Proses Kreatif "Dia dari Penjuru Tahun Lalu"  

7. Mohd Nazmi Yaakub  
Selirat Derita Pun Terurai  
Proses Kreatif "Selirat Derita Pun Terurai"  

8. Muhd Nasruddin Dasuki  
Kelekatu Bersayap Ungu  
Proses Kreatif "Kelekatu Bersayap Ungu"  

9.   Nisah Haji Haron  
Pusaka Cendana  
Ilham dan Cetusan Menulis "Pusaka Cendana"  

10.   Rahimidin Zahari  
Pak Da Megat Wan Setapa Mek Mah Tuk Bagih  
Proses Kreatif "Pak Da Megat Wan Setapa Mek Mah Tuk Bagih"

11.   S.M. Zakir  
Cerita untuk Teman-teman  
Menulis Adalah Permainan Silap Mata  

12.   Saharil Hasrin Sanin  
Air Mata Orang Kaya  
Penulis Adalah Penipu: Proses Penciptaan Cerpen "Air Mata Orang Kaya"     

13.   Salina Ibrahim  
Imam  
"Imam" Suatu Terapi Diri  

14.   Samsiah Mohd. Nor  
Lazuardi  
Proses Kreatif "Lazuardi": Kolaborasi Catatan Tiga Pengalaman

15.  Siti Jasmina Ibrahim
Kelir
Bagaimana Saya Menulis (Proses) -Cerpen "Kelir"

16.  Siti Raihani Mohd. Saaid
Seniman Rajemee
Proses Kreatif "Seniman Rajemee"

17.  Zaid Akhtar
Pendedahan
"Pendedahan" antara Intertekstual dengan Isu Semasa (Menyorot Satu Lagi Sisi Hang Tuah)

Read more...

Sabtu, Disember 11, 2010

Read more...

Khamis, Disember 02, 2010

KEMBARA EROPAH - AMSTERDAM 1


Kruise-kruise yang memenuhi terusan-terusan di Amsterdam
Menikmati 'Canal Cruise' keliling Amsterdam
Kincir angin berhampiran kilang keju
Sungai beku menjelang maghrib

Read more...

Isnin, November 29, 2010

KEMBARA EROPAH - HARI KETIGA
Inilah pusat peranginan musim sejuk paling terkenal di Switzerland. Terletak di Egelberg. Pintu masuk untuk mendaki Gunung Titlis di Banjaran Alps
Ketinggian 10000 kaki. Nak sampai ke sini mesti dua kali menaiki kereta kabel dan kapsul. Di ketinggian begini dengan suhu -10, masih ada bangunan 5 tingkat!
Lagi 250 langkah ke tempat bermain ski dan taman glasier
Selepas melepasi papan tanda ini, beberapa langkah di hadapan, peluncur ski akan mulai meluncur menuruni Gunung Titlis setinggi 3020 meter

Pengalaman baru. Rupanya bas menggunakan rantai besi ketika menuruni bukit dalam salji lebat
Hanya rumah dan kenderaan yang berwarna. Yang lain hitam dan putih.

Read more...

Ahad, November 28, 2010

KEMBARA EROPAH - HARI KEDUA

Di hadapan Tasik Titisee yang sedang dalam proses membeku
Titisee terkenal dengan kedai-kedai jam 'kuck koo'nya yang menjadi tradisi di Black Forest
Di hadapan Rhinefalls. Air terjun termasyhur di Eropah
Fakta tentang Rhinefalls

Read more...

Jumaat, November 26, 2010

KEMBARA EROPAH - HARI PERTAMA

Di Frankfurt (by pass) untuk jalan-jalan sambil mencari sedikit souvenir

Bersama-sama teman seperjalanan Bro. Azhary Ramli di Kota Lama Heidelberg


Read more...

Selasa, November 16, 2010

SALAM EIDIL ADHA

  "Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan berkorbanlah." 
(Al-Kauthar:2)

Read more...

Khamis, November 11, 2010

INI BUKAN NOVEL SAYA


Gerimis pasti berhenti.
Namun pembacaan terhadap novel ini sukar untuk berhenti. Menanti gerimis berhenti barangkali satu penyiksaan, sebaliknya membaca novel ini adalah satu pengalaman mendamaikan.  

Andai Gerimis Berhenti tidak sesekali membiarkan sukma pembacanya sekadar terbuai dengan indahnya mahabbah, tetapi membangun sebagai insan yang lebih kental jiwanya mendepani hari-hari mendatang.



Memo: Terima kasih kepada Sdr Mardihah Adam yang sudi menghadiahkan saya senaskhah novel dwiloginya ini.

Read more...

Selasa, November 09, 2010

ABSTRAK SEBUAH KAJIAN

Popular Islamic Novels of Indonesia and Malaysia: A Preliminary Exploration  
by Dr Mohd. Zariat Abdul Rani
 
Abstract 
This study stems from a development taking place in Indonesia and Malaysia, two neighbouring countries in South East Asia. This development refers to what is known as the ‘phenomenon of popular Islamic novels’, which first emerged in both these countries several years ago, and which is still active to this day. 

In Indonesia, this phenomenon arose with the extraordinary reception received by the novel Ayat Ayat Cinta (Verses of Love) (2004) by Habiburrahman El-Shirazy. This was then followed by a reception of almost similar magnitude for novels like Syahadat Cinta (‘Divine Pledge of Love’) (2006) oleh Taufiqurrahman Al-Azizy, Mukjizat Cinta (‘Miracle of Love’) (2007) by Muhammad Masykur A.R. Said dan Kasidah-Kasidah Cinta (‘Divine Verses of Love’) (2007) by Muhammad Muhyidin.  

The phenomenon in Malaysia began with the overwhelming reception received by Zaid Akthar’s Salju Sakinah (‘The Snow of Tranquillity’) (2008). This was followed by Warkah Cinta Berbau Syurga (A Heaven-scented Love Letter) (2008) and Hidayah Cinta (‘The Divine Guidance of Love’) (2008) by Ilham Hamdani, as well as Rona-rona Cinta Damascus (‘The Colours of Love of Damascus’) (2008) by Sheila Wani. The extremely positive reception towards these novels is found to have catalysed the publication of other novels bearing almost similar external appearances. This makes the publication of these popular Islamic novels in both countries a literary phenomenon in its own right, that cannot merely be glossed over. 

With reference to the external appearances, such as the titles of the novels, the cover illustrations, the blurbs and even the names and biodatas of the authors, one very apparent characteristic is is the inclination to display Islamic imagery. This then raises the question: do these novels actually offer Islamic messages, as suggested by their external appearances? If they do indeed offer Islamic messages, in what manner are these messages conveyed, given that they have attracted the attention of the Muslim public in Indonesia and Malaysia so comprehensively? This study attempts to answer these questions by analysing a number of novels, identify the messages contained within, and subsequently, synthesise a ‘standard offering’ that can be gleaned from the popular Islamic novels of Indonesia dan Malaysia. 


Memo: Kepingin membaca kajian ini.

Read more...

Isnin, November 08, 2010

SEBUAH AUTOBIOGRAFI


Sederhana dan cukup bersahaja.

Itu yang dapat saya ungkapkan sejurus menatap autobiografi mantan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia yang kini ditugaskan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mulai 29 Oktober 2010 lalu. Bukan sekadar catatan riwayat hidup awal remajanya, buku berkulit keras ini turut memuatkan ilustrasi lakaran peribadi beliau sendiri. 

Dengan latar belakang seorang anak desa yang datangnya dari keluarga yang susah dan serba kekurangan, autobiografi menarik dan penuh kelainan ini pasti mampu menyuntik motivasi dan menjadi inspirasi kepada para pembacanya.

Memo: Terima kasih kepada Sdr. Selan Osni yang memberi kepercayaan kepada saya untuk sama-sama menyunting autobiografi berharga ini. Terima kasih juga kepada Darulfikir.

Read more...

Ahad, Oktober 31, 2010

SECEBIS NOTA BALAGHAH

Semua bahasa di dunia memiliki bahasa kiasannya. Jika ditinjau dalam bahasa dan sastera Arab, pembicaraan gaya bahasa kiasan pastinya akan melibatkan bidang ilmu retorikanya yang disebut Balaghah.  Huraian makna balaghah dalam Glosari Bahasa dan Kesusasteraan Arab (1996:58) dinyatakan sebagai penampilan makna yang menarik melalui ungkapan yang tepat di samping memberi kesan yang mendalam serta bersesuaian dengan makna.
Secara ringkasnya, ilmu Balaghah dipecahkan kepada tiga komponen ilmu yang membicarakan penggunaan bahasa dari sudut yang berbeza. Komponen ilmu tersebut ialah ilmu al-Ma‘ani, al-Bayan, dan al-Badi‘. Ensiklopedia Islam (2004: Jld 1) menyebut pembahagiannya dengan memberikan keterangan tentang maksud dan pembahasan yang dipelajari dalam setiap bahagian ilmu tersebut sebagaimana berikut:

1.    Ilmu al-Ma‘ani iaitu ilmu yang mempelajari kaedah-kaedah dan aturan-aturan lafaz Arab yang sesuai dengan keperluan keadaan dan sesuai dengan maksud penutur. Objek pembahasannya ialah lafaz-lafaz Arab yang berkaitan dengan makna yang dimaksudkan oleh penutur dan sesuai dengan keperluan keadaan. Antara aspek yang dibahaskan dalam ilmu ini ialah al-Khabar, al-Insya’, al-Fasl, al-Wasl, al-Ijaz dan al-Itnab.
 2.      Ilmu al-Bayan iaitu ilmu yang mempelajari kaedah-kaedah yang berkaitan dengan ungkapan sesuatu makna dengan pelbagai cara yang sesuai dengan konteks ayat. Objek pembahasannya ialah al-Tasybih, al-Majaz, al-Kinayat dan al-Isti‘arat .
 3.      Ilmu al-Badi‘ iaitu ilmةu yang mempelajari pelbagai perkara yang berkaitan dengan aspek-aspek keindahan ayat seiring dengan situasi. Ia juga sesuai dengan kejelasan pengertian yang terkandung di dalamnya sama ada lafaz ataupun makna. Skop pembahasannya merangkumi bahagian penghias lafaz  atau muhassinat lafziyyat seperti al-Jinas, dan penghias makna atau muhassinat maknawiyat seperti al-Tibaq.
 Daripada ketiga-tiga pecahan itu, Ilmu Bayan adalah bidang ilmu yang membicarakan tentang gaya bahasa kiasan.
Secara umumnya, Ilmu Bayan ialah ilmu yang menetapkan beberapa peraturan dan kaedah untuk mengetahui makna yang terkandung dalam kalimat. Kemantapan retorika Arab atau Balaghah banyak bergantung kepada kejituan Ilmu Bayan yang membicarakan gaya bahasa kiasan.
Majaz adalah bahagian yang terbesar dalam bidang ilmu tersebut. Pembicaraan makna majaz cukup luas kerana ia juga mencakupi isti’arat dan kinayah yang mana setiap satunya memiliki jenis dan pendekatan tersendiri. Malahan ia saling berkaitan antara satu sama lain.

Read more...

Khamis, Oktober 21, 2010

JAHIL MURAKKAB?

Perkataan "Muhammad" terbalik dalam tulisan Arab?
Perhimpunan secara aman akan diadakan sejurus solat Jumaat esok bagi membantah tindakan Nek Ros yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu.

"Saya akan mengetuai bantahan terhadap Nek Ros di Masjid Sultan Ahmad Shah di Kuantan manakala di Masjid Kampung Baru (di Kuala Lumpur) akan diketuai oleh Kamaruzaman Mohamad," kata ulama muda, Nasrudin Hassan ketika dihubungi petang ini.

Menurut beliau, tindakan Nek Ros selaku penganjur majlis itu sesuatu yang keterlaluan. "Bantahan akan diadakan selepas solat Jumaat. Kami jangkakan tidak kurang seribu orang akan sertainya," katanya. 

Di mana ciri muslimnya pada busana mereka?
Sebelum ini, Nasrudin berkata, pihaknya sudah mengecam sekeras-kerasnya tindakan Nek Ros yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila salah satu fesyen mereka menulis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

"Kita desak Nek Ros bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," katanya lagi.

Pada festival itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik didakwa diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi “pakaian wanita jalang dan jahiliah”. "Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Nek Ros jahil dan berniat jahat terhadap Islam," kata Nasrudin.

Sehubungan itu, beliau menggesa umat Islam bangkit menyertai perhimpunan itu bagi meluahkan bantahan terhadap tindakan wanita yang berlagak seperti menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam. Nek Ros merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival.

Seorang ahli parlimen pula berkata, "Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkan oleh IFF tersebut."

Sumber: Malaysiakini

Read more...

Sabtu, Oktober 16, 2010

SAVE THE SOUL

Tiket masuk. Menonton sambil menyumbang untuk RS.
Memang fenomena. Itulah yang melanda dunia nasyid dan mungkin juga industri hiburan negara buat sebulan dua ini. Kita dikejutkan oleh seorang pemuda botak, gemar mengenakan jenas,  t-shirt sendat, dan topi. Seorang pemuda Sweden berketurunan Arab Lubnan yang pernah hanyut satu ketika dulu, tiba-tiba 'berhijrah' dan 'berdakwah' dengan bakat besar yang dimilikinya - suara dan muzik.


Bersama Akhi Fairuz(admin MZM-FC) dan Ustaz Amal selepas konsert
Lagu-lagu bernafas Islami ciptaan dan nyanyian Maher Zain dari album pertamanya Thank You Allah begitu mengesankan dan memberi inspirasi kepada banyak orang termasuk saya. 


Mulanya sekadar mendengar di MP3 dan menonton setelah memuat turun video klipnya di Youtube, namun lama-kelamaan pada pertengahan Ogos lalu saya terpaksa mendapatkan albumnya yang original di Pustaka Asma, Segamat dengan harga RM26. Kesemua 13 buah lagunya wajar diberikan lima bintang. Terutamanya lagu Open Your Eyes, Always Be There, Thank You Allah, Insha-Allah, Baraka Allah, dan Palestine Will Be Free.


Aksi MZ. Maaf, aksi cuma dirakam oleh Nokia C6
Justeru, malam tadi, rasanya inilah kali pertama saya turun ke ibu kota untuk menghadiri konsert. Ia dianjurkan selama dua malam oleh Raudhatus Sakinah (badan NGO yang prihatin terhadap nasib gadis-gadis yang tersasar langkah dan mencari jalan pulang) bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam.


Saya difahamkan beribu-ribu lagi nama berada dalam senarai waiting-list untuk menghadiri konsert yang dihadkan kepada 1400 orang sahaja pada satu malam. Malam tadi merupakan malam terakhir persembahan dan pagi esoknya MZ akan terbang pulang ke Stockholm.


Moga Maher Zain akan menghasilkan karya-karya seninya yang lebih hebat dan memberi sumbangan besar untuk Islam.  Baraka Allah wa insya-Allah.

Read more...

Jumaat, Oktober 08, 2010


BIANGLALA BOSPHORUS
PANGGILAN JAUH DARI KONYA

“Emine dari mana ni?”
“Dari dalam penjara.”

Emine tergelak kecil. Saya tergeleng sendirian. Dia masih nakal macam dulu!
Gesit saya teringat tatkala saya pulang bersama-sama Kak Siti Asiah ke Malaysia empat tahun lalu, Emine tersingkir dari universiti setelah didakwa terlibat dalam demonstrasi berkaitan hijab. Malah dia khabarnya dipenjarakan beberapa lama.
“Masakan dari penjara. Cakap betul-betullah, Emine di mana sekarang?”
“Emine di Konya,” balasnya singkat. “Amal?”
“Di Kagithane, di rumah Uyun. Ingat lagi Nurul Uyun?”
“Ya. Emine tak pernah melupakan kalian - orang-orang Melayu yang baik-baik belaka dan luhur budi,” luah Emine. “Terutamanya Amal dan Afham.”
Terharu saya mendengar pengakuan itu. Apakah penghargaan yang paling didambakan dalam ukhwah persahabatan selain diberitahu oleh sahabat betapa kita cukup istimewa di hatinya?
Afham?
Saya tersenyum sendiri. Pastinya nama Afham tidak akan terpadam dari ujana sanubari Emine.  Lelaki itu banyak berperanan dalam perubahan besar yang berlaku dalam hidup Emine. Saya sendiri saksinya.  Malah saya sudah lama mengendus kekaguman dan keterujaan Emine terhadap Afham.
“Amal, Emine ingin sangat berjumpa Amal.”
“Amal pun.”
“Tapi mungkin payah dalam masa terdekat.”
Saya jeda seketika.
“Banyak yang berlaku sepeninggalan Amal.”  Nada suaranya semacam mendatar. “Tak enak rasanya jika bercakap di telefon.”
Saya lekas menghidu sesuatu. “Kenapa Emine?”
“Ada sesuatu yang Emine ingin beritahu Amal. Tentang Afham.”
Tentang Afham?
Dada saya tidak semena-mena digempur debar kencang.
  
Memo:  Bianglala Bosphorus adalah novel bersiri terkini saya yang disiarkan di Majalah Anis. Novel ini adalah sequel kepada novel kedua saya yang terbit pada 2003 iaitu Rona Bosphorus. Untuk mengikuti siri kesepuluhnya, dapatkan Majalah Anis edisi Oktober 2010 yang sudah berada di pasaran sekarang. Siri ini adalah siri yang terakhir disiarkan di Majalah ANIS. Doakan agar saya diberi kekuatan untuk menyempurnakan novel ini dalam bentuk buku seterusnya dapat segera menemui khalayak pembaca.

Read more...

Khamis, September 16, 2010

16 SEPTEMBER

Setiap kali hadirnya 16 September, saya sering teringatkan satu nama. Abdul Majid bin Abu Bakar - gemulah ayahanda saya.

Beliau dilahirkan pada 16 September 1945 beberapa hari setelah tentera Jepun menyerah kalah  di Tanah Melayu. 

 




Menurut sejarah,  Jepun mengaku kalah secara rasminya pada 12 September 1945 apabila dokumen serah diri Jepun ditandatangani di Victoria Institution, Kuala Lumpur.

Arwah ayahanda usianya singkat.  37 tahun cuma. Tanggal 23 Disember 1982, ayahanda tewas setelah bertahun-tahun berjuang melawan barah yang bersarang di tekaknya.

Saya masih ingat malam Jumaat yang pilu itu ayahanda pergi lalu meninggalkan kami yang masih hauskan belaian seorang ayah. Saya kala itu hanyalah kanak-kanak kecil yang baru sahaja mengenal huruf. Al-Fatihah!

Memo: Gambar gemulah ayahanda sekitar awal 1982 sewaktu sedang menjalani rawatan kanser di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Read more...

Jumaat, September 10, 2010

SALAM EIDIL FITRI 1431H

SELAMAT HARI RAYA EIDIL FITRI 1431H
MAAF ZAHIR BATIN
TAQABBALA ALLAH MINNA WA MINKUM.
KULLU 'AAM WA ANTUM BI ALFI KHAYR.

Read more...

Khamis, September 09, 2010

PUISI PALING PENDEK


Bulan di atas kuburan.
Sitor Situmorang

Read more...

Selasa, September 07, 2010

CINTAI BAHASA IBUNDA

Jurulatih bola sepak ternama Jerman, Ottmar Hitzfield menolak untuk bercakap dalam bahasa asing ketika melatih pasukan kebangsaan Switzerland. Sebaliknya Hitzfield hanya bertutur dalam bahasa ibundanya, iaitu bahasa Jerman. Bukan dia tidak fasih berbahasa asing tetapi baginya hanya bahasa ibunda benar-benar dapat melahirkan emosinya dan berkomunikasi dengan lebih berkesan. 

"When I am coaching I prefer to express myself in German because this is my mother tongue," Hitzfeld told the Telegraph.

"I didn't think I would be able to do myself justice if I had to speak to the players in English. I would not be able to get my emotions and feelings across.

"The players in the Swiss dressing room speak a variety of languages, including Italian, French and English, but when they come to work I coach them in German.

"All the players understand it. If there are some special expressions required then one of my coaches might use a bit of Italian or French, but I coach them only in German and it is better that way."

Memo: Kita bagaimana?

Read more...

Ahad, September 05, 2010

PLURALISME DALAM IKLAN RAYA TV3



Memo: Cukup halus dan simbolik. Inilah pluralisme agama. 1Malaysia = 1Raya? Media Prima mengecewakan. Langsung tidak sensitif dengan tusukan-tusukan jarum Islam Liberal.

Read more...

Rabu, September 01, 2010

DARI FIKRAH HARAKAH



Artikel asal (yang belum disentuh editor) tulisan Tuan Zahiruddin Zabidi ini boleh dibaca di blog beliau. Terima kasih, tuan imam muda.

Memo: Sedikit pembetulan;  Justeru Impian di Jaring memenangi tempat ketiga HSKU 2006.

Read more...

Jumaat, Ogos 27, 2010

MENAMBAH PAHALA RAMADHAN ii

Read more...

Khamis, Ogos 26, 2010

MENAMBAH PAHALA RAMADHAN



Read more...

Selasa, Ogos 24, 2010

BIANGLALA BOSPHORUS
ADA YANG LEBIH DUKA

“Isterinya terbunuh dalam serangan pengganas di Perancis setahun lalu sewaktu mereka bercuti di sana.” Uzlah menyambung perbualan kami yang terbantut dengan kedatangan Nik Hafizz tadi.
Serangan pengganas?
Saya lekas dihurung rasa tersayat apabila mendengar ungkapan ‘serangan pengganas’ yang diwarwarkan oleh media Barat untuk ‘menyerang’ dunia Islam. Barat tidak pernah adil terhadap Islam. Sejak tragedi letupan bom di Pusat Dagangan Dunia di New York pada 1993, seterusnya di Oklahoma City tidak lama kemudian, umat Islam sedunia sentiasa dijadikan kambing hitam untuk dikaitkan dengan segala bentuk aktiviti keganasan. Kemuncaknya adalah serangan 11 September 2001 ke atas  menara berkembar Pusat Dagangan Dunia di wilayah Manhattan itu.  Lantas kini umat Islam terpaksa membayar  harganya dengan menyaksikan pencerobohan tentera Amerika di bumi Afghanistan dan Iraq. Sejak itu juga, wabak Islamophobia merebak ke serata dunia.
“21 orang terbunuh dalam letupan bom di sebuah stesen keretapi di pusat bandar Marseille. 3 rakyat Turki terkorban dalam tragedi tersebut. Salah seorangnya adalah Adile, isteri Hafizz. Ketika itu mereka baru beberapa bulan berkahwin.”
“Katanya, al-Qaeda yang bertanggungjawab,” tokok Nurul Uyun.
Saya mengeluh.
Al-Qaeda? Entah betul entah tidak. Serangan demi serangan dikaitkan dengan gerakan pengganas al-Qaeda dan Osama. Tidak mustahil juga konspirasi sulit Yahudi licik yang merencana semua ini.
“Tak habis-habis isu serangan pengganas ini. Lepas satu satu, entah sampai bila. Dari Madrid terus ke Bali, kemudian singgah di Jakarta.  Yang menjadi mangsa adalah umat Islam juga. Islamophobia,” luah saya seraya menyorot iklan restoran makanan segera yang sedang ditayangkan di televisyen.
Sudah beberapa tahun keluarga saya memboikotnya. Jenamanya cukup tersohor di seluruh dunia, namun tidak ramai yang mengambil pusing bahawa ia sebenarnya dimiliki oleh seorang jutawan Yahudi yang menjadi penyumbang kepada rejim Zionis yang menjajah Palestin berdekad-dekad lamanya.

Memo: Bianglala Bosphorus adalah novel bersiri terkini saya yang disiarkan di Majalah Anis. Novel ini adalah sequel kepada novel kedua saya yang terbit pada 2003 iaitu Rona Bosphorus. Untuk mengikuti siri kesembilannya, dapatkan Majalah Anis edisi September 2010 yang sudah berada di pasaran sekarang.

Read more...

Selasa, Ogos 17, 2010

JERSI HIJAB DARI IRAN

SINGAPURA - Akhirnya ada perkara lain yang boleh dibualkan mengenai pasukan bola sepak wanita Iran, selain daripada jersi mereka yang dilengkapi dengan tudung pada Sukan Olimpik Remaja di sini. Selepas beberapa hari menimbulkan persoalan mengenai cara pakaian mereka, yang menutup seluruh badan, Iran mengalahkan Papua New Guinea 1-0 menerusi gol pada babak kedua semalam.

"Sejak beberapa hari lalu, semua orang bertanya mengenai jersi kami dan bukannya cara permainan bola sepak kami. Saya tidak mahu bercakap mengenai pakaian pasukan bola sepak kami. Kami ke sini untuk bermain bola sepak. Apa kaitannya bertudung dan pakaian yang menutup seluruh badan?,'' kata jurulatih Iran, Shahrzad Mozafar.

Badan bola sepak dunia FIFA, pernah mengharamkan pasukan tersebut daripada mengambil bahagian pada kejohanan di Singapura, kerana ketegasan mereka untuk tetap memakai tudung ketika beraksi. FIFA mengharamkan pemakaian tudung ketika beraksi pada 2007, atas alasan keselamatan serta mengelak unsur agama di atas padang. Ekoran itu, pereka fesyen Iran mencipta pakaian baru yang dilengkapi dengan tudung, bahagian atas badan berkain keras dan tebal, seluar panjang yang dilengkapi stoking. FIFA meluluskan pakaian tersebut tetapi bantahan daripada beberapa pegawai Iran sendiri hampir menghalang aksi mereka di Singapura.

Di atas padang, kemenangan pertama Iran pada acara yang disertai enam negara, menghidupkan peluang mereka memenangi pingat. - AP

Sumber: Utusan Malaysia

Memo:  Saya masih ingat, pada hujung 2006, saya beroleh inspirasi menulis novel keempat saya berjudul Justeru Impian di Jaring sejurus menyaksikan aksi Ruqayyah al-Ghassra memenangi emas acara pecut 200 meter di Sukan Asia di Doha. Dalam temasya yang sama, pasangan beregu badminton wanita Iran juga mengejutkan khalayak dengan penampilan berhijab. Bersukan bersukan juga, syariat kena jaga!

Read more...

Sabtu, Ogos 14, 2010

DI HUJUNG BENUA
Slogan YNWA di Taman Negara Tanjung Piai. Penyokong MU diharamkan melalui kawasan ini. :-)

Read more...

Rabu, Ogos 11, 2010

رمضان كريم. الله أكرم

Read more...

Selasa, Ogos 10, 2010

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

 


Selain menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak 1431 Hijrah, keluarga kami juga menyambut kelahiran anak saudara lelaki yang hadir ke dunia tepat jam 4.30 pagi tadi. 

Kakak saya, Bahyah selamat melahirkan cahaya mata keempatnya seberat 3.76 kg di Kuantan Medical Center, Kuantan. 

Ramadhan kareem!

Selamat berpuasa!

Read more...

Isnin, Ogos 09, 2010

FELDA BUKAN ALONG?

Seramai 766 peneroka Felda memfailkan saman berjumlah RM200 juta di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap agensi kerajaan itu atas dakwaa terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit.

Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.

Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Sdn Bhd masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.

Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit" selama 15 tahun.

Menurut Sivarasa, dalam pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus - seperti kajian Lembaga Kelapa Sawit Malaysia.

Katanya, pihaknya mempunyai dokumen bagi membuktikan bahawa pada tahun 2008 sahaja, setiap peneroka kerugian RM20,000 ekoran kadar itu. "Ini bermakna selama 15 tahun, Felda menyebabkan kesemua 766 peneroka ini kerugian sebanyak RM200 juta," kata Sivarasa.

Sumber: Malaysiakini

Memo: Dalam pada Felda sibuk menafikan isu "bankrap?", kini ia disaman pula oleh para peneroka. Buku tulisan Saudara Mazlan Aliman selaku Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang mengupas dan mendedahkan sisi lain Felda sangat menarik dibaca.

Read more...

Sabtu, Ogos 07, 2010

NOKTAH MASIH JAUH

Bersama sahabat, Mohamad Hussin di Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya kali ke-49. 

Sesi 3.
3 petang.
Selasa.
3 Ogos 2010.
Dewan Tunku Canselor.


 





Alhamdulillah.
Terima kasih Tuhan.
Terima kasih buat semua. 
Terutamanya bonda Khadijah, dinda Andik Hadijah, anak-anak walid bertiga, adik-beradik, keluarga terdekat, para pensyarah, sahabat-sahabat, guru-guru SMKAS dan anak-anak murid yang banyak membantu dan mendoakan kejayaan saya.

Read more...

Ahad, Ogos 01, 2010

SOLAT AWAL WAKTU & WARNA-WARNA ALAM

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur misalnya). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Memo:Dipetik daripada kiriman di Facebook

Read more...

Isnin, Julai 26, 2010

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP