Sabtu, Januari 16, 2010

1 MALAM DI UIAM KUANTAN

Awalnya saya menyangka - tatkala dihubungi pertama kali  - ada bengkel atau ceramah berkenaan penulisan yang perlu saya hadiri. Pelajar yang ditaklifkan mengundang saya menerusi SMS tidak menyebutnya secara terperinci. Lantas saya lekas bersetuju memandangkan tiada program bertindan pada tarikh yang ditetapkan. Namun apabila saya dihubungi sekali lagi, barulah saya sedar bahawa saya sebenarnya diundang untuk berforum. Lebih mengejutkan lagi apabila diberitahu bahawa para panelis forumnya juga adalah tokoh-tokoh yang sangat saya kagumi dan segani.


Ah, terasa bagai mimpi pula dapat berbicara di atas pentas bersama-sama Ustaz Nazrey Johani (mantan vokalis Raihan) dan Dr. Suhazeli Abdullah (Presiden Persatuan Pengamal Perubatan Islam Ibnu Sina). Setiap kami datang dari lorong yang berbeza. Penulisan, hiburan dan perubatan. Namun matlamat kami tetap sama - Dakwah. Masing-masing ada cabarannya, ada tipnya, ada metodnya yang barangkali boleh dikongsikan kepada para pelajar yang bercita-cita mengembangkan dakwah dengan lebih kreatif dan inovatif.

Moga forum singkat malam Jumaat 8 Januari lalu memberi manfaat kepada semua. Terima kasih kepada jawatankuasa CAMPRO UIAM Kuantan yang bertindak sebagai penganjurnya.

0 komentar:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP