Jumaat, Januari 22, 2010

BELASUNGKAWA


JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad. Baginda mangkat pada pukul 7.08 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di sini malam ini.
Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 Nov 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.
Almarhum merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar.

1 komentar:

Md Nizar Parman 1:28 PG  

Salam Ustaz,
Saya mohon kebenaran untuk menyalin gambar DYMM Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail ini untuk dipaparkan di blog saya. Gambar ini bersih dan menarik.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP