Isnin, Januari 04, 2010

NIL MASUK TAHUN 1


Nil kini darjah satu. Usianya hampir 7 tahun. Pejam celik pejam celik, anak sudah membesar dan layak bersekolah. Sebelum ini, selama dua tahun, Nil bersekolah di PASTI Firdaus, Bandar Putra IOI. Biarpun ibunya sendiri bertugas sebagai guru j-QAF di sekolah kebangsaan, namun kami sepakat memilih Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Segamat di Bukit Siput sebagai institusi pendidikan rendahnya.

Pagi pertama persekolahan 2010. Saya menempa pengalaman baharu tatkala menghantar Nil masuk darjah satu. Jumaat lalu sudah ada program transisi untuk murid tahun satu yang baru mendaftar dan saya hadir bersama-samanya. Tetapi perasaan pagi ini, entah mengapa, berlainan benar. Pelbagai rasa bergaul dalam kalbu.




Ramai juga ibu bapa seperti saya yang risau jika anak tiba-tiba "buat hal" pada hari atau minggu pertama persekolahan. Lalu saya menanti Nil beberapa ketika sehingga para pelajar diminta berkumpul untuk memulakan perhimpunan pagi.

Bagai biasa, ada yang suka dan ada yang berduka untuk bergelar murid tahun satu. Namun saya lihat Nil ceria, bersemangat dan tidak sabar-sabar untuk bersekolah. Tambahan pula, kawan-kawan rapatnya ketika di PASTI dulu juga ada. Justeru dia tidak berasa kekok dan terasing.






Nil masuk ke dalam barisan yang menempatkan murid Tahun 1 Bukhari. Saya terpaksa beredar memandangkan di sekolah saya perhimpunan rasmi juga sedang berlangsung. Melihatkan dia selesa dan berwajah ria, saya meninggalkannya dengan lapang dada.

Petangnya, apabila pulang ke rumah, ibunya merungut. Nil mengejutkan ibu jam 4.30 pagi tadi!

7 komentar:

Rusdi Abd Rahman 7:45 PG  

Cikgu Zaid,
Tahniah kerana Nil telah memasuki alam persekolahan rendah yang sebenarnya. Semoga Nil beserta bapa dan ibunya tenang dan bahagia.
Kenapa Nil mukanya bersedih, kenapa rakan-rakannya angkat tangan ke bahu tapi Nil letak tangan di dagu...?
Hehehe... gurau-gurau saja, gurauan ala-ala Liverpool @ YNWA...

Mawar 9:17 PG  

Salam Nil yang sudah besar,
selamat belajar!

pakcu,  9:21 PG  

aduhai comelnya anak buah pakcu nih. irfan tu macho je dgn baju pra...

harap dia dah menegerti la, bila exam..bukan kira siapa siap dulu maka dia menang dan dpt no.1 hahaha..
( gelak manjang ingat kisah itu )

Md Nizar Parman 9:27 PTG  

Salam Ustaz,
Nampaknya perlu menunggu enam tahun lagi untuk melihat puteri sulung saya masuk Tahun 1....

Izani Zakaria 11:51 PTG  

wah, zaid anak dh darjah satu. anak saya lambat lagi

Zaid Akhtar 11:09 PTG  

Tuan RAR,
YNWA!

Dr. Mawar,
terima kasih atas kunjungan.

Cikgu Nizar,
memang ia pengalaman yg mahal.

DJ Izani,
tuan lebih muda drpd saya kan?
:-)

adibah hanim 8:46 PG  

moga nilnanti jadi penulis hebat macam ayahnya. amin.

Acik Ummu Hani

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP