Ahad, Januari 10, 2010

PEMBULI PENGADIL

Selepas novel Prittt!!! dan cerpen Delusi, sahabat saya Alias Ismail sekali lagi menulis karya bertemakan sukan menerusi cerpennya FOX 40 yang tersiar dalam Mingguan Malaysia hari ini. Kali ini topik yang menjadi sasarannya adalah pengadilan.

Sebagai seorang pengadil yang bertauliah dan wartawan sambilan yang berpengalaman, Alias mengusik secara sinis seorang pengurus kelab ternama di England yang kerap membuli pengadil. Siapa lagi jika bukan Sir Alex Ferguson yang memang tidak dinafikan hebat dan kaya dengan kejayaan tetapi sangat miskin dengan semangat kesukanan itu. Sikap Alex yang kerap mencerca pengadil dan memarahi mereka yang tidak memberi "advantage" mahupun tambahan masa (kepada pasukannya yang sedang mencari gol kemenangan atau penyamaan) memanglah "keji" dan memalukan.

Cerpen ini juga menarik kerana Alias sekali lagi berdelusi. Barisan bintang bola sepak terbilang negara suatu masa dahulu seperti Mokhtar Dahari, Ghani Minhat, Bakri Ibni dan ramai lagi "dipertemukannya" dengan bintang-bintang Manchester United masa kini.

Sila ikuti cerpen menarik dan "sukar diterima" oleh peminat-peminat fanatik MU di sini.

Memo: Semacam kebetulan pula apabila Alex sekali lagi memarahi Mark Clattenburg (watak pengadil Liga Perdana Inggeris dalam cerpen ini) setelah pasukannya seri 1-1 dengan Birmingham awal pagi tadi.

6 komentar:

Rusdi Abd Rahman 12:26 PG  

Cikgu Zaid,
1. Memang benar cerpen ini akan membuatkan penyokong fanatik Man U melenting dalam erti kata tidak dapat menerima kenyataan... Sabar dan terima hakikat sahajalah para pendokong Man U ya...
2. Ini sebuah cerpen yang ada kelainan yang tersendiri, cerpen ini akan diri ini jadikan panduan, rujukan dan pegangan dalam hal berkreatif.
3. Sesekali perlu ada cerpen sebegini dipaparkan dalam akhbar perdana agar menarik 'kaki bola' mengenali dan mula meminati penulisan kreatif...

Abdul Rahman Sokran 9:40 PG  

Tahniah buat Alias Ismail. Kebetulan sekali saya baca cerpen Fox 40 seawal jam 8.00 pagi hari penyiarannnya. Kebetulan juga novel "Prittt!!!" saya gunakan sebagai bahan kerja kursus. Kebetulan juga penulisnya pernah saya temui di Tanjung Piai. Maka saya teruja dengan gaya bahasa dan konflik yang dipaparkan.

pakcu 9:52 PG  

tak melenting pun.hahah
En.Rusdi dan En. Zaid,

TEAM HEBAT. PENGURUS HEBAT, MEMANG KERAP MENJADI SASARAN KRITIKAN.
( en.rusdi prnah bilang begitu )
KALAU PENGURUS YG SUAM-SUAM KUKU SAHAJA KEBOLEHANnya DAN TROFI PUN TAK BERAPA NAK ADA DLM KABINET, PENULIS MANA YG SUDI MENGKRITIK ? APATAH LAGI MENUKILKAN SEBUAH SATIRA LANGSUNG KE MEDIA CETAK ? HUHU. Sir Alex we r always behind u !
Keji atau memalukan adalah perkara biasa, bukan baru. dah 23tahun Sir Alex di Old trafford. Mind game, ragging sudah menjadi rempah ratus nya dlm memacu Man.U ke gerbang kejayaan. Pengurus lain ? Anda perlu ber GURU dahulu dengannya, barulah boleh tambah trophy di kabinet ? Dah 20 thn tanpa trophy. Jumlah manager sepanjang 2 dekad lagi byk drpd trophy, apa brg bang ? :)

helmy sudin 5:24 PTG  

setuju dengan pakcu.Sir Alex memang manager terbaek sepanjang zaman.terbaek dari ladang.idop sir alex!idop pakcu!

Md Nizar Parman 9:36 PTG  

Salam Ustaz,
Bagaimanakah pula mutu pengadilan bola sepak tempatan? Kadang2 sedih juga apabila melihat Malaysia layak ke Piala Dunia (tetapi untuk pengadil sahajalah). Walau bagaimanapun, tetap mengagumi Sir Alex Ferguson yang saya fikir mempunyai karisma yang sukar ditandingi oleh mana-mana pengurus bola sepak peringkat kelab setakat ini. Pengurus bola sepak Malaysia? Asyik2 ahli politik sahaja. Menyampah!

Farmilla Hamdi 8:17 PG  

Salam ziarah;

Mohon bantuan teman-teman mewar-warkan kepada teman2 lain,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,

KALAM dengan kerjasama pelbagai NGO lain akan mengadakan "HARI PEJUANG BAHASA" pada 15 Februari 2010 (Isnin) bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Insya Allah majlisnya akan dilancarkan oleh YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka,

Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi sdr Ikram 012-2908429 atau sdr taib 017 2760100

TAKBIR!

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP