Jumaat, Februari 12, 2010

BELUM MENYELAM DAH LEMAS?



MELAKA, Feb 12 — Kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam cuma kerosakan kecil yang tidak menjejaskan operasinya dan boleh diperbaiki oleh pengeluar.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata siasatan juga telah dilakukan terhadap kerosakan yang dialami kapal selam itu.

“Kita ada tempoh jaminan (warranty) ke atas kapal selam itu dan kita yakin pihak pembekal atau pengeluar akan memperbaikinya,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Markas Tiga Divisyen, Kem Terendak, di sini hari ini.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris kelmarin melaporkan kapal selam pertama negara itu gagal menyelam berikutan masalah teknikal yang dialami sejak tiga bulan lepas. Panglima Tentera Laut Jen Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar semalam mengesahkan kerosakan itu yang dikesan pada 17 Januari lepas ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.

Memo: Kecil kata Zahid. Namun harganya tidak kecil di mata rakyat. Begitu juga komisennya barangkali. Belum apa-apa sudah rosak, macam barang mustakmal!.

2 komentar:

Rusdi Abd Rahman 11:03 PTG  

Cikgu Zaid,
Cuma kerosakan kecil...! bolehkah sama-sama baca makna terbalik kutipan kata-kata ini diluahkan?

JHaZKiTaRo 11:21 PG  

salam maulidur Rasul dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking kejap.. rajin2, jemput laa singgah ke my blog.. :)

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP