Sabtu, Februari 27, 2010

BIANGLALA BOSPHORUS
API RINDU INI BELUM TERPADAM LAGI

Sesekali terimbas wajah Kamelya, wajah Erfan dan dua anak mereka yang comel – Emre dan Iman. Terbayang pangsapuri lama mereka di Uzuncarsi Street yang berdekatan dengan Masjid Rustempasa. Saya sering melalui Tahmis Street untuk ke sana. Kini, setelah beberapa tahun Erfan ditahan, bagaimana agaknya Kamelya tabah membesarkan Emre dan Iman?
“Amal, boleh aku tanya satu perkara? Dah lama aku simpan soalan ni.”
Vasiyet membunuh imbauan singkat saya.
“Ya, apa dia?”
“Bagaimana dengan Afham?”
Saya meneguk liur. Geleng. Gokturk hanya beberapa kilometer di hadapan menanti ketibaan kami.
Tuhan, hanya Engkau yang Maha Tahu. Api rindu di hati ini, belum terpadam lagi!


Memo: Bianglala Bosphorus adalah novel bersiri terkini saya yang disiarkan di Majalah Anis. Novel ini adalah sequel kepada novel kedua saya yang terbit pada 2003 iaitu Rona Bosphorus. Untuk mengikuti siri ketiganya, dapatkan Majalah Anis edisi Mac 2010 yang sudah berada di pasaran sekarang.

0 komentar:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP