Khamis, Mac 04, 2010

PTPTN PULA DISAMAN?

KUALA LUMPUR 25 Feb - Kes saman seorang peminjam  Perbadanan Tabung Pendidikan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini disebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas bagi menggugurkan penguatkuasaan seksyen 22A Akta PTPTN 1997 ke atas dirinya.

Mengikut peruntukan Seksyen 22A Akta PTPTN nama seseorang peminjam boleh disekat serta-merta untuk ke luar negara sehingga individu terbabit menjelaskan pembayaran pinjaman. Namun plaintif, Ummi Kalthom Abdul Rahman, 29, menuntut agar penguatkuasaan yang dikenakan ke atasnya digugurkan kerana mendakwa akta itu digunakan secara tidak adil, subjudis, mala fide dan menyalahi Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Beliau turut mendesak agar diberi kebebasan ke luar negara tanpa sebarang halangan dan sekatan bagi tujuan pekerjaan dirinya selaras dengan hak kebebasan seseoang individu dalam Perkara yang sama. Saman itu disebutkan dihadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Diana Mohd Razali pada pukul 9:00 pagi tadi.

Peguam plaintif, Mohd Ashadi Saiman melalui Tetuan Ashadi & Co memfailkan saman tersebut pada 21 Januari lalu. Ashadi ketika ditemui Suara Keadilan berkata anak guamnya itu berdepan kesukaran urusan pekerjaannya di Australia berikutan rekod peribadi Ummi kini disenarai hitam daripada Jabatan Imigresen sejak Disember 2008.

"Masa diberikan kepada pihak PTPTN oleh Timbalan Pendaftar sehingga awal April depan untuk kemukakan afidavit saman ini.

Sumber: Suara-Keadilan.com

Memo: Mohd. Ashadi Saiman juga merupakan penulis muda dan mantan MPR 1996.


6 komentar:

Md Nizar Parman 11:33 PTG  

Salam Ustaz,
Sudah berhutang, bayarlah... Bukan disuruh bayar sekaligus. Apabila sudah tersepit, baharulah sibuk nak failkan saman. Budaya saman-menyaman semakin subur di negara ini.

Zaid Akhtar 11:36 PG  

Cikgu Nizar,
soalnya bukan dia tak mahu bayar.
Notis pun tak dapat. Lagipun, kalau disekat orang nak pergi bekerja, nak bayar dengan apa? Mana nak dapat sumber pendapatannya? Dah setahun paliantif terpaksa "bercuti".

Akta ini macam "digunakan" sewenang-wenangnya.

Tanpa Nama,  1:02 PTG  

salam,

betul hutang wajib bayar tapi riba yg ptptn kenakan tiap bulan tu pe citer...kalu habis hutang tapi riba tu xbayar pun still nama blacklist..silap2 haji,umrah pun tak dapat laksanakan...


salam..

Tanpa Nama,  3:25 PG  

Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa seseorang tidak boleh disekat daripada meneruskan kehidupannya atau mencari rezeki. Bekerja adalah salah satu cara untuk hidup. Seksyen 22A hanya boleh digunapakai sekiranya seseorang peminjam itu meninggalkan Malaysia. Adakah seseorang yang bekerja/bertugas di luar negara (sbgai contah pramugara,penyanyi, juruaudit)untuk tempoh sementara waktu yang bukan bermaksud meninggalkan Malaysia, boleh dianggap meninggalkan Malaysia di bawah peruntukan seksyen 22A? Apakah asas yang digunakan PTPTN untuk menyekat sedangkan pemimjam tersebut bukannya berhasrat meninggalkan Malaysia, atau bukan juga komunis, Taliban mahupun al-Qaeda? Selanjutnya, seksyen 22A hanya boleh digunapakai sekiranya tidak bertentangan (not contraray)/ (ultra vires)hak asasi manusia iaitu perkara-perkara asas yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, seperti hak seseorang untuk hidup. Anda tidak boleh merantai tangan dan kaki sesorang untuk bergerak dan pada masa yang sama menuntut hutang anda daripadanya sedangkan dia tidak boleh bergerak?Ini yang berlaku yang membawa tuntutan di bawah seksyen 22A ini dicabar di Mahkamah. Sekiranya kes ini menang, kes ini akan menjadi autoriti bagi semua peminjam dan juga PTPTN agar lebih berhati-hati dalam menggunakan sekatan nama di bawah seksyen 22A.

NASSURY IBRAHIM 12:44 PG  

Tau pinjam tak tau bayar, His! His! His!

Tanpa Nama,  1:34 PG  

tau pinjam tapi tak leh nak bayar sebab kena sekat. bukan sebab tak tau nak bayar. nak buang sekat kena bayar sekaligus termasuk faedah dan kos. ini bukannya PTPTN tapi PTPTIPUU!

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP