Sabtu, Mac 13, 2010

YANG CERIA & YANG PERGI

Natijah SPM 2009 baru sahaja diumumkan.
Syukur. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada para pelajar SMKA Segamat batch SPM 2009 yang berjaya mencapai keputusan 100% dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi. Ia satu peningkatan yang amat melegakan sekaligus pencapaian yang julung-julung kalinya. Moga segala permohonan kalian untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi akan dipermudahkan.

Di sebalik sedikit ceria yang menyelubungi, ada juga berita kurang gembira yang diterima. Dengarnya, Penolong Pengarah Bahasa Arab JPN Johor iaitu sahabat saya Ustaz Ahmad Zakuan Mohd Khudzairi telah berpindah ke Putrajaya. Kalau dulu sekadar khabar angin, kini beliau sudah sah bertugas di sana sebagai Penolong Pengarah Bahasa Arab di Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).

Sebagai guru bahasa Arab yang berada di bawah kendalian beliau, tentu sahaja pemergian tersebut adalah satu kehilangan besar. Kejayaan mencapai 100% dalam SPM 2009 juga adalah salah satu daripada iltizam dan perhatian beliau terhadap SMKA Segamat.

Walaupun berasa kehilangan, namun kami tetap mendoakan agar beliau gigih dan sukses dalam perjuangannya menobatkan bahasa Arab di negara ini. Insya-Allah.

Memo: Gambar adalah ihsan daripada blog Ustaz Mior Syazril

1 komentar:

helmy sudin 5:24 PTG  

Terima kasih Ustaz Zakuan kerana telah memberikan saya gred A- dalam peperiksaan oral BA STPM 2 tahun yang lalu.Hehe..

Takkan bahasa Arab hilang di dunia. =)

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP