Isnin, April 19, 2010

BENGKEL PENULISAN ISLAMI di IPTHO

10 April, hari Sabtu minggu lepas, buat julung-julung kalinya saya diundang untuk mengendalikan sebuah bengkel penulisan Islami di IPGM Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat atau dulunya disebut IPTHO. Saya kira, inilah juga kali pertama saya menjadi pembimbing kepada sebuah bengkel secara solo. Sebelum ini, saya sudah beberapa kali terlibat sebagai pembimbing dalam bengkel penulisan tetapi secara berkumpulan.

Risau juga pada mulanya - apakah yang mahu saya kongsikan dengan bakal-bakal guru di sana. Saya tidak memiliki banyak pengalaman penulisan dan tidak juga prolifik berkarya. Walau bagaimanapun, akhirnya saya memutuskan untuk mengadakan dua slot yang diisi di dalamnya dengan pengenalan kepada penulisan karya Islami, prasyarat atau persediaan menjadi penulis, dan mukadimah kepada asas-asas penulisan cerpen. Kebanyakan mereka baru hendak berjinak-jinak dengan dunia penulisan, justeru saya cuba menjelaskan nawaitu yang mesti ada bagi setiap pengarang Muslim.

Bengkel penulisan setengah hari ini khabarnya mensasarkan peserta yang agak besar, iaitu sekitar 30-40 orang. Namun saya rasa lebih bersyukur kerana yang menghadirinya pada hari tersebut genap-genap 20 orang. Bagi saya jumlah yang kecil lebih efektif dan memberi ruang interaksi dua hala yang lebih kondusif. Banyak halangan seperti gerko di sekolah (bagi guru pelatih yang sedang mengikuti praktikum) dan pelbagai lagi menyebabkan beberapa peserta yang sudah awal-awal mendaftar tidak dapat hadir.

Apa-apa pun, jutaan terima kasih kepada pihak Kelab Rakan Masjid selaku penganjur - terutama penasihatnya iaitu Ustaz Isa bin Man - yang sudi mengundang saya dan membuatkan saya berasa cukup selesa sepanjang di sana.

3 komentar:

Najwa Najihah 1:19 PTG  

Alhamdulillah,banyak yang dapat saya pelajari sepanjang bengekel ni.Semoga jelas nawaitu ini untuk terus menulis.Terima ustaz,sudi membantu. =)

Zaid Akhtar 9:35 PTG  

شكراً يا نجوى

ILHAM HAMDANI 2:32 PTG  

Assalamualaikum,

Mudahan tuan Zaid Akhtar sihat hendaknya.

Kalau tidak menjadi masalah, bolehlah Tuan kongsikan bahan-bahan slaidshownya. Mudahan boleh saya mengambil 'berkat' ..:)

Terima kasih.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP