Isnin, April 26, 2010

BIANGLALA BOSPHORUS
HARI INI ADALAH SEJARAH ESOK


Saya menghela nafas puas. Terasa ada maklumat baharu menerpa masuk. Sudah berpuluh buah buku sejarah saya uliti, namun pandangan-pandangan bernas sedemikian jarang-jarang saya temui. Memandang sekilas ke jendela berlangsir biru nilakandi. Namun yang terbayang adalah wajah pemilik asal buku itu – Kamelya.

Alangkah syahdu dan bermaknanya pertemuan kembali kami semalam. Setelah pada paginya saya menangis gembira bertemu Vasiyet; pada sebelah tengah harinya kolam air mata saya sekali lagi pecah digempur rasa gembira dan terharu bertemu ibu kepada Emre dan Iman. Namun yang lebih menggemparkan apabila tiba-tiba saya dan Vasiyet dikejutkan dengan kemunculan seorang lelaki yang sangat kami kenali dari arah dapur.
Subhan Allah!

Memo: Bianglala Bosphorus adalah novel bersiri terkini saya yang disiarkan di Majalah Anis. Novel ini adalah sequel kepada novel kedua saya yang terbit pada 2003 iaitu Rona Bosphorus. Untuk mengikuti siri kelimanya, dapatkan Majalah Anis edisi Mei 2010 yang sudah berada di pasaran sekarang.

4 komentar:

Rusdi Abd Rahman 9:54 PTG  

Cikgu Zaid,
Saya pilih ZAID..., bacalah entri blog rarws bertarikh 25 April...

siti rifhan najlaa 3:14 PTG  

Salam. sy belum bc bianglala bosphorus. tp salju sakinah mmg best. selamat teruskan perjuangan dan dakwah melalui mata pena

MARSLI N.O 5:31 PTG  

Sdr Zaid: Tahniah atas kerajinan berkarya.

Marsli N.O

Azi81 12:49 PTG  

Saudara zaid

telah miliki novel saudara slju sakinah, yang pada mulanya novel bersiri juga. harap dapat miliki novel ini juga apabila telah dibukukan.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP