Jumaat, Mei 28, 2010

BIANGLALA BOSPHORUS
DUA PENAWAR JIWA
 
“Ada yang beranggapan, ada kemungkinan Afham ditahan polis rahsia Turki kerana hubungan rapatnya dengan abang.” Kamelya menjelaskan. Lebih empat tahun lamanya Erfan terpenjara, pastinya begitu banyak perkara di luar pengetahuannya.
Erfan menggeleng. Saya tidak tahu - sama ada dia tidak bersetuju dengan tanggapan sebegitu atau memang tidak pasti. Namun saya sendiri menyakini bahawa mustahil Afham dilibatkan sejauh itu.
Apa salah dia? Apa dosanya? Apa faedahnya mereka mahu menahannya yang sedang belajar sambil bekerja? Lagipun, tuduhan yang membabitkan Erfan selama ini hanyalah fitnah dan konspirasi Yahudi Dunmah yang tidak dapat merebut tapak Madrasah Badriyyah.
Ah, semuanya sudah menjadi sejarah. Segalanya ada dalam lipatan sejarah penting madrasah. Nama mereka berdua – Erfan dan Afham – tidak mungkin dapat dipisahkan mahupun dipadam daripada sejarah Madrasah Badriyyah yang kini diterajui oleh adik Erfan, Mehmet Fatih.
Sepuluh tahun lalu, Erfan yang pulang sejurus menamatkan pengajian teologinya di University of Jordan terpaksa mewarisi Madrasah Badriyyah berikutan kematian ayahnya. Selaku mudir yang baharu dan masih muda, dengan karisma, limpahan idea dan sokongan keluarganya, madrasah berkembang pesat menjadi sebuah institusi pendidikan agama yang kian disegani di pinggir Istanbul. 

Memo: Bianglala Bosphorus adalah novel bersiri terkini saya yang disiarkan di Majalah Anis. Novel ini adalah sequel kepada novel kedua saya yang terbit pada 2003 iaitu Rona Bosphorus. Untuk mengikuti siri keenamnya, dapatkan Majalah Anis edisi Jun 2010 yang sudah berada di pasaran sekarang.

0 komentar:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP