Khamis, Julai 08, 2010


BIANGLALA BOSPHORUS
SEBUAH ZIARAH MELUNAS RINDU

 
“Kau ingat lagi masa kita berlima kadang-kadang melepak petang-petang di tebing selat?”
Saya mengangguk. 
“Biasanya kita ke Eminonu, tidak jauh dari Sultanahmet.”
Masakan dapat dilupa saat indah bercanda bersama mereka. Malah kadangkala saya ke sana ditemani Emine, Siti Asiah dan Abang Fahim. Duduk bersantai di tebing menghadap ke laut sambil menyaksikan keindahan Selat Bosphorus adalah pengalaman yang tidak terlupakan. Tidak berapa jauh dari situ di Dataran Sultanahmet, tersergam pula dua bangunan paling terkenal dan bersejarah di Istanbul - Masjid Biru dan Aya Sofya. Sesiapa pun akan terpesona dengan panorama petang di sana.
“Sesekali kita makan angin lalu naik tramway hingga ke pantai Bebek.”
Aiman yang berusia 15 bulan sudah tertidur dalam pangkuan saya. Barangkali terbuai oleh penyaman udara. Sisli sudah hampir benar di depan.
“Aku masih ingat lagi Uzlah selalu kata, dia tak akan bernikah dengan orang Turki. Tapi, akhirnya … jadi orang Turki.”
Kami sama-sama tergelak.
“Dia dapat orang mana?”
“Katanya Denizli.”
“Jauh tu!”
“Mahunya tidak. Sepuluh atau sebelas jam jika menaiki bas ekspres dari sini. Tapi dah memang jodohnya dengan orang jauh.

Memo: Bianglala Bosphorus adalah novel bersiri terkini saya yang disiarkan di Majalah Anis. Novel ini adalah sequel kepada novel kedua saya yang terbit pada 2003 iaitu Rona Bosphorus. Untuk mengikuti siri ketujuhnya, dapatkan Majalah Anis edisi Julai 2010 yang sudah berada di pasaran sekarang.

2 komentar:

helmy shamsuddin 8:24 PTG  

Akhirnya..berjaya jugak update.

cadang nak 'cuci mata' kat Turki cuti shita' tahun depan.Semoga diperkenankan olehNya..

Zaid Akhtar 2:57 PTG  

Hmm.
Niat nak cuci mata ke? Sahhih niyyataka, ya syabab. Ada yang pergi Turki dapat pahala, ada yang pergi dapat dosa.

Kena baca buku Ustaz SaifulIslam.com dulu sebelum ke sana. Studi sejarah@background tempat-tempat itu dulu, baru syok pergi. Baru terasa ilmiahnya.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP