Jumaat, Julai 09, 2010

ACHDIAT MENINGGAL DUNIA


JAKARTA: Novelis terkenal Indonesia, Achdiat K Mihardhja meninggal dunia di sebuah pusat penjagaan di Canberra, semalam. Achdiat meninggal dunia pada usia 99 tahun dan meninggalkan seorang isteri, Tati.

Jurucakap Kedutaan Indonesia di Australia, Raudin Anwar berkata, novelis itu menjalani rawatan di hospital sejak beberapa hari lalu selepas diserang angin ahmar.

“Dia dibenarkan keluar dari hospital selepas kelihatan pulih,” kata Raudin kepada wartawan.

Bagaimanapun, kesihatannya bertambah buruk sekembalinya di pusat jagaan di Canberra, tempat dia dan isterinya menetap sejak beberapa tahun lalu. Achdiat yang mengarang novel ‘Atheis’ pada 1940-an, sudah sekian lama menghidap kencing manis.

Menurut Raudin, Achdiat dikebumikan di tanah perkuburan Woden. Novelis itu dilahirkan di Garut, Jawa Barat pada 6 Mac 1911. Selepas bersara daripada menjadi pensyarah di Universiti Indonesia pada 1961, Achdiat berpindah ke Australia untuk mengajar kesusasteraan Indonesia di Universiti Kebangsaan Australia. - Agensi 

Sumber : Harian Metro 9 Julai 2010

0 komentar:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP