Selasa, Julai 20, 2010

VUVUZELA HARAM

Selain bola Adidas Jabulani yang 'gila', vuvuzela juga menjadi salah satu elemen yang didakwa 'merosakkan' Piala Dunia baru-baru ini. Ulasan pengulas agak terganggu. Ramai yang mengeluh, keseronokan menonton (meski di rumah) juga berkurangan dengan dengung sumbang vuvuzela yang menjadi kebanggan benua Afrika.

Malah menurut Abang Subkhiddin kita, para pengadil FIFA yang bertugas di Afrika Selatan sepanjang kempen temasya suka terbesar itu terpaksa berlatih dengan duduk berjam-jam di dalam rumah sambil mendengar rakaman kebisingan trumpet buatan Afrika itu sebelum kejohanan bermula.

Setakat ini Tottenham Hotspur menjadi kelab pertama Liga Perdana Inggeris yang mengharamkan vuvuzela di White Hart Lane. Kemudian diikuti oleh Arsenal dan Birmingham City. Kesemuanya tidak mahu 'aatmosfera' di stadium masing-masing tercemar dengan dengung yang membingitkan itu.

 Namun sebelum itu, Majlis Fatwa Emiriah Arab Bersatu terlebih dahulu mengharamkannya!

1 komentar:

Rusdi Abd Rahman 11:14 PTG  

Cikgu Zaid,
Sepatutnya bukan 'vuvuzela' yang kena haram tetapi SUBKHIDDIN itu patut 'dilarang' mengadili perlawanan bola sepak di Malaysia kerana ketika PD 2010 hanya 'penuh bangga' jadi pengadil simpanan @ pengadil keempat sahaja.... memalukan... Hehehe...

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP