Isnin, Ogos 09, 2010

FELDA BUKAN ALONG?

Seramai 766 peneroka Felda memfailkan saman berjumlah RM200 juta di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap agensi kerajaan itu atas dakwaa terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit.

Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.

Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Sdn Bhd masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.

Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit" selama 15 tahun.

Menurut Sivarasa, dalam pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus - seperti kajian Lembaga Kelapa Sawit Malaysia.

Katanya, pihaknya mempunyai dokumen bagi membuktikan bahawa pada tahun 2008 sahaja, setiap peneroka kerugian RM20,000 ekoran kadar itu. "Ini bermakna selama 15 tahun, Felda menyebabkan kesemua 766 peneroka ini kerugian sebanyak RM200 juta," kata Sivarasa.

Sumber: Malaysiakini

Memo: Dalam pada Felda sibuk menafikan isu "bankrap?", kini ia disaman pula oleh para peneroka. Buku tulisan Saudara Mazlan Aliman selaku Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang mengupas dan mendedahkan sisi lain Felda sangat menarik dibaca.

1 komentar:

NASSURY IBRAHIM 3:42 PTG  

Dalam sejarah, setahu saya, beberapa hari lepas (2010), buat pertama kali Felda membayar zakat. Adakah Felda / Risda bayar zakat sebelum ini?

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP