Khamis, September 16, 2010

16 SEPTEMBER

Setiap kali hadirnya 16 September, saya sering teringatkan satu nama. Abdul Majid bin Abu Bakar - gemulah ayahanda saya.

Beliau dilahirkan pada 16 September 1945 beberapa hari setelah tentera Jepun menyerah kalah  di Tanah Melayu. 

 




Menurut sejarah,  Jepun mengaku kalah secara rasminya pada 12 September 1945 apabila dokumen serah diri Jepun ditandatangani di Victoria Institution, Kuala Lumpur.

Arwah ayahanda usianya singkat.  37 tahun cuma. Tanggal 23 Disember 1982, ayahanda tewas setelah bertahun-tahun berjuang melawan barah yang bersarang di tekaknya.

Saya masih ingat malam Jumaat yang pilu itu ayahanda pergi lalu meninggalkan kami yang masih hauskan belaian seorang ayah. Saya kala itu hanyalah kanak-kanak kecil yang baru sahaja mengenal huruf. Al-Fatihah!

Memo: Gambar gemulah ayahanda sekitar awal 1982 sewaktu sedang menjalani rawatan kanser di Hospital Besar Kuala Lumpur.

0 komentar:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP