Khamis, Oktober 21, 2010

JAHIL MURAKKAB?

Perkataan "Muhammad" terbalik dalam tulisan Arab?
Perhimpunan secara aman akan diadakan sejurus solat Jumaat esok bagi membantah tindakan Nek Ros yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu.

"Saya akan mengetuai bantahan terhadap Nek Ros di Masjid Sultan Ahmad Shah di Kuantan manakala di Masjid Kampung Baru (di Kuala Lumpur) akan diketuai oleh Kamaruzaman Mohamad," kata ulama muda, Nasrudin Hassan ketika dihubungi petang ini.

Menurut beliau, tindakan Nek Ros selaku penganjur majlis itu sesuatu yang keterlaluan. "Bantahan akan diadakan selepas solat Jumaat. Kami jangkakan tidak kurang seribu orang akan sertainya," katanya. 

Di mana ciri muslimnya pada busana mereka?
Sebelum ini, Nasrudin berkata, pihaknya sudah mengecam sekeras-kerasnya tindakan Nek Ros yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila salah satu fesyen mereka menulis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

"Kita desak Nek Ros bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," katanya lagi.

Pada festival itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik didakwa diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi “pakaian wanita jalang dan jahiliah”. "Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Nek Ros jahil dan berniat jahat terhadap Islam," kata Nasrudin.

Sehubungan itu, beliau menggesa umat Islam bangkit menyertai perhimpunan itu bagi meluahkan bantahan terhadap tindakan wanita yang berlagak seperti menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam. Nek Ros merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival.

Seorang ahli parlimen pula berkata, "Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkan oleh IFF tersebut."

Sumber: Malaysiakini

3 komentar:

Mohd Hafizi Bin Tajuddin 4:40 PG  

Islam itu indah dan suka pd kreatif. tp, nilah jadi bila kreativiti tak selaras iman. syukran us atas info ni.

Azhar Salleh 9:40 PG  

Ustaz Zaid,
Saya tidak boleh langsung melihat nenek itu muncul atau bercakap, di mana-mana sahaja...sejak dulu hingga kini. Entahlah kenapa. Dunia akhir zaman.

Zaid Akhtar 2:47 PTG  

Tuan Azhar,
ya, sama.
memang boleh mengurangkan selera makan.
:-)
nasib baik TV sekarang dah pakai remote.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP