Sabtu, Oktober 16, 2010

SAVE THE SOUL

Tiket masuk. Menonton sambil menyumbang untuk RS.
Memang fenomena. Itulah yang melanda dunia nasyid dan mungkin juga industri hiburan negara buat sebulan dua ini. Kita dikejutkan oleh seorang pemuda botak, gemar mengenakan jenas,  t-shirt sendat, dan topi. Seorang pemuda Sweden berketurunan Arab Lubnan yang pernah hanyut satu ketika dulu, tiba-tiba 'berhijrah' dan 'berdakwah' dengan bakat besar yang dimilikinya - suara dan muzik.


Bersama Akhi Fairuz(admin MZM-FC) dan Ustaz Amal selepas konsert
Lagu-lagu bernafas Islami ciptaan dan nyanyian Maher Zain dari album pertamanya Thank You Allah begitu mengesankan dan memberi inspirasi kepada banyak orang termasuk saya. 


Mulanya sekadar mendengar di MP3 dan menonton setelah memuat turun video klipnya di Youtube, namun lama-kelamaan pada pertengahan Ogos lalu saya terpaksa mendapatkan albumnya yang original di Pustaka Asma, Segamat dengan harga RM26. Kesemua 13 buah lagunya wajar diberikan lima bintang. Terutamanya lagu Open Your Eyes, Always Be There, Thank You Allah, Insha-Allah, Baraka Allah, dan Palestine Will Be Free.


Aksi MZ. Maaf, aksi cuma dirakam oleh Nokia C6
Justeru, malam tadi, rasanya inilah kali pertama saya turun ke ibu kota untuk menghadiri konsert. Ia dianjurkan selama dua malam oleh Raudhatus Sakinah (badan NGO yang prihatin terhadap nasib gadis-gadis yang tersasar langkah dan mencari jalan pulang) bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam.


Saya difahamkan beribu-ribu lagi nama berada dalam senarai waiting-list untuk menghadiri konsert yang dihadkan kepada 1400 orang sahaja pada satu malam. Malam tadi merupakan malam terakhir persembahan dan pagi esoknya MZ akan terbang pulang ke Stockholm.


Moga Maher Zain akan menghasilkan karya-karya seninya yang lebih hebat dan memberi sumbangan besar untuk Islam.  Baraka Allah wa insya-Allah.

0 komentar:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP