Ahad, Oktober 31, 2010

SECEBIS NOTA BALAGHAH

Semua bahasa di dunia memiliki bahasa kiasannya. Jika ditinjau dalam bahasa dan sastera Arab, pembicaraan gaya bahasa kiasan pastinya akan melibatkan bidang ilmu retorikanya yang disebut Balaghah.  Huraian makna balaghah dalam Glosari Bahasa dan Kesusasteraan Arab (1996:58) dinyatakan sebagai penampilan makna yang menarik melalui ungkapan yang tepat di samping memberi kesan yang mendalam serta bersesuaian dengan makna.
Secara ringkasnya, ilmu Balaghah dipecahkan kepada tiga komponen ilmu yang membicarakan penggunaan bahasa dari sudut yang berbeza. Komponen ilmu tersebut ialah ilmu al-Ma‘ani, al-Bayan, dan al-Badi‘. Ensiklopedia Islam (2004: Jld 1) menyebut pembahagiannya dengan memberikan keterangan tentang maksud dan pembahasan yang dipelajari dalam setiap bahagian ilmu tersebut sebagaimana berikut:

1.    Ilmu al-Ma‘ani iaitu ilmu yang mempelajari kaedah-kaedah dan aturan-aturan lafaz Arab yang sesuai dengan keperluan keadaan dan sesuai dengan maksud penutur. Objek pembahasannya ialah lafaz-lafaz Arab yang berkaitan dengan makna yang dimaksudkan oleh penutur dan sesuai dengan keperluan keadaan. Antara aspek yang dibahaskan dalam ilmu ini ialah al-Khabar, al-Insya’, al-Fasl, al-Wasl, al-Ijaz dan al-Itnab.
 2.      Ilmu al-Bayan iaitu ilmu yang mempelajari kaedah-kaedah yang berkaitan dengan ungkapan sesuatu makna dengan pelbagai cara yang sesuai dengan konteks ayat. Objek pembahasannya ialah al-Tasybih, al-Majaz, al-Kinayat dan al-Isti‘arat .
 3.      Ilmu al-Badi‘ iaitu ilmةu yang mempelajari pelbagai perkara yang berkaitan dengan aspek-aspek keindahan ayat seiring dengan situasi. Ia juga sesuai dengan kejelasan pengertian yang terkandung di dalamnya sama ada lafaz ataupun makna. Skop pembahasannya merangkumi bahagian penghias lafaz  atau muhassinat lafziyyat seperti al-Jinas, dan penghias makna atau muhassinat maknawiyat seperti al-Tibaq.
 Daripada ketiga-tiga pecahan itu, Ilmu Bayan adalah bidang ilmu yang membicarakan tentang gaya bahasa kiasan.
Secara umumnya, Ilmu Bayan ialah ilmu yang menetapkan beberapa peraturan dan kaedah untuk mengetahui makna yang terkandung dalam kalimat. Kemantapan retorika Arab atau Balaghah banyak bergantung kepada kejituan Ilmu Bayan yang membicarakan gaya bahasa kiasan.
Majaz adalah bahagian yang terbesar dalam bidang ilmu tersebut. Pembicaraan makna majaz cukup luas kerana ia juga mencakupi isti’arat dan kinayah yang mana setiap satunya memiliki jenis dan pendekatan tersendiri. Malahan ia saling berkaitan antara satu sama lain.

4 komentar:

Abu Huzaifah 9:07 PG  

Assalamualaikum ya akhi.Salam ziarah.Semoga saudara/ri dalam limpahan rahmat Allah SWT.Kaif haluk? Dijemput ziarah ke blog hamba di http://bicara-hamba.blogspot.com>Syukran

Abu Huzaifah 9:08 PG  
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
srirahayumohdyusop 2:47 PTG  

Salam Ustaz,

Tak sabar nak dengar ceramah ustaz pasal balaghah. Atau pun, saya yang dah tertinggal keretapi?

Zaid Akhtar 4:20 PTG  

Belum, Puan Sri,
saya belum layak lagi.
Kita beri laluan kepada yang lebih arif. Puan belum ketinggalan keretapi setahu saya.
:-)

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP