Khamis, Januari 07, 2010




FORUM REJUVENASI DAKWAH
"PERUBATAN, PENULISAN, HIBURAN : 
JALAN YANG BERBEZA, MATLAMAT YANG SAMA"

Read more...

Isnin, Januari 04, 2010

NIL MASUK TAHUN 1


Nil kini darjah satu. Usianya hampir 7 tahun. Pejam celik pejam celik, anak sudah membesar dan layak bersekolah. Sebelum ini, selama dua tahun, Nil bersekolah di PASTI Firdaus, Bandar Putra IOI. Biarpun ibunya sendiri bertugas sebagai guru j-QAF di sekolah kebangsaan, namun kami sepakat memilih Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Segamat di Bukit Siput sebagai institusi pendidikan rendahnya.

Pagi pertama persekolahan 2010. Saya menempa pengalaman baharu tatkala menghantar Nil masuk darjah satu. Jumaat lalu sudah ada program transisi untuk murid tahun satu yang baru mendaftar dan saya hadir bersama-samanya. Tetapi perasaan pagi ini, entah mengapa, berlainan benar. Pelbagai rasa bergaul dalam kalbu.




Ramai juga ibu bapa seperti saya yang risau jika anak tiba-tiba "buat hal" pada hari atau minggu pertama persekolahan. Lalu saya menanti Nil beberapa ketika sehingga para pelajar diminta berkumpul untuk memulakan perhimpunan pagi.

Bagai biasa, ada yang suka dan ada yang berduka untuk bergelar murid tahun satu. Namun saya lihat Nil ceria, bersemangat dan tidak sabar-sabar untuk bersekolah. Tambahan pula, kawan-kawan rapatnya ketika di PASTI dulu juga ada. Justeru dia tidak berasa kekok dan terasing.






Nil masuk ke dalam barisan yang menempatkan murid Tahun 1 Bukhari. Saya terpaksa beredar memandangkan di sekolah saya perhimpunan rasmi juga sedang berlangsung. Melihatkan dia selesa dan berwajah ria, saya meninggalkannya dengan lapang dada.

Petangnya, apabila pulang ke rumah, ibunya merungut. Nil mengejutkan ibu jam 4.30 pagi tadi!

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP