Sabtu, Januari 16, 2010

1 MALAM DI UIAM KUANTAN

Awalnya saya menyangka - tatkala dihubungi pertama kali  - ada bengkel atau ceramah berkenaan penulisan yang perlu saya hadiri. Pelajar yang ditaklifkan mengundang saya menerusi SMS tidak menyebutnya secara terperinci. Lantas saya lekas bersetuju memandangkan tiada program bertindan pada tarikh yang ditetapkan. Namun apabila saya dihubungi sekali lagi, barulah saya sedar bahawa saya sebenarnya diundang untuk berforum. Lebih mengejutkan lagi apabila diberitahu bahawa para panelis forumnya juga adalah tokoh-tokoh yang sangat saya kagumi dan segani.


Ah, terasa bagai mimpi pula dapat berbicara di atas pentas bersama-sama Ustaz Nazrey Johani (mantan vokalis Raihan) dan Dr. Suhazeli Abdullah (Presiden Persatuan Pengamal Perubatan Islam Ibnu Sina). Setiap kami datang dari lorong yang berbeza. Penulisan, hiburan dan perubatan. Namun matlamat kami tetap sama - Dakwah. Masing-masing ada cabarannya, ada tipnya, ada metodnya yang barangkali boleh dikongsikan kepada para pelajar yang bercita-cita mengembangkan dakwah dengan lebih kreatif dan inovatif.

Moga forum singkat malam Jumaat 8 Januari lalu memberi manfaat kepada semua. Terima kasih kepada jawatankuasa CAMPRO UIAM Kuantan yang bertindak sebagai penganjurnya.

Read more...

Ahad, Januari 10, 2010

PEMBULI PENGADIL

Selepas novel Prittt!!! dan cerpen Delusi, sahabat saya Alias Ismail sekali lagi menulis karya bertemakan sukan menerusi cerpennya FOX 40 yang tersiar dalam Mingguan Malaysia hari ini. Kali ini topik yang menjadi sasarannya adalah pengadilan.

Sebagai seorang pengadil yang bertauliah dan wartawan sambilan yang berpengalaman, Alias mengusik secara sinis seorang pengurus kelab ternama di England yang kerap membuli pengadil. Siapa lagi jika bukan Sir Alex Ferguson yang memang tidak dinafikan hebat dan kaya dengan kejayaan tetapi sangat miskin dengan semangat kesukanan itu. Sikap Alex yang kerap mencerca pengadil dan memarahi mereka yang tidak memberi "advantage" mahupun tambahan masa (kepada pasukannya yang sedang mencari gol kemenangan atau penyamaan) memanglah "keji" dan memalukan.

Cerpen ini juga menarik kerana Alias sekali lagi berdelusi. Barisan bintang bola sepak terbilang negara suatu masa dahulu seperti Mokhtar Dahari, Ghani Minhat, Bakri Ibni dan ramai lagi "dipertemukannya" dengan bintang-bintang Manchester United masa kini.

Sila ikuti cerpen menarik dan "sukar diterima" oleh peminat-peminat fanatik MU di sini.

Memo: Semacam kebetulan pula apabila Alex sekali lagi memarahi Mark Clattenburg (watak pengadil Liga Perdana Inggeris dalam cerpen ini) setelah pasukannya seri 1-1 dengan Birmingham awal pagi tadi.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP