Jumaat, Januari 22, 2010

BELASUNGKAWA


JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad. Baginda mangkat pada pukul 7.08 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di sini malam ini.
Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 Nov 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.
Almarhum merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar.

Read more...

Isnin, Januari 18, 2010


GENAP 6 TAHUN

Hari ini - 18 Januari - genap 6 tahun blog ini diluncurkan. 18 Januari 2004 - saya kekal mengingati tarikh itu selamanya. Ucapan terima kasih tentunya buat pereka asal blog ini iaitu Saudara Paiji. Dialah yang sudi membina dan sekaligus merekaletak blog ini - menerusi perantaraan adik saya - memandangkan saya sendiri satu ketika dahulu tidak berapa mahir untuk membina laman sesawang sendiri.

Tambahan pula, sebelum blogspot diambilalih oleh Google, membikin sebuah blog (bagi sesetengah orang seperti saya) bukanlah mudah. Malah saya pernah cuba membina blog sendiri di Geocities, tetapi hanya separuh jalan. Lima enam tahun dahulu, tidak mustahil dua tiga hari terpaksa dihabiskan dengan menghadap monitor semata-mata untuk membina sebuah blog yang simple. Sekarang, tidak sampai setengah jam, kita boleh membina sebuah blog dengan reka letak yang menarik.

Saya masih ingat, orang pertama yang mendorong saya membikin blog peribadi ialah Tuan Haji Nazmi Yaakub. Malah beliaulah juga yang banyak memperkenalkan saya kepada medium-medium lain seperti Facebook, Friendster, Myspace dan sebagainya. Sahabat saya yang seorang ini memang selalu terkedepan. Sejak 2001 lagi, dia sudah memiliki blog di www.enmiya.tripod.com.  Saya cukup gemar melayari blognya yang penuh nostalgia itu. Namun kerana terlalu "pakar" barangkali, blognya yang sudah beroperasi bertahun-tahun itu dan menyimpan pelbagai catatan pengalaman mahalnya di Mesir akhirnya tidak boleh diakses lagi (mungkin hingga ke hari kiamat). Lantaran itu, terpaksalah Nazmi berpindah ke blognya sekarang iaitu di Kawat atau sebelum itu di Bukunota.

Kembali kepada ulangtahun keenam blog ini, jutaan terima kasih saya tujukan kepada para pengunjung yang tidak pernah jemu menziarahi saya di Zaid Akhtar Online. Banyak kenangan pahit manis yang terakam dalam memori saya sepanjang blog ini beroperasi. Maklum sahaja, kita tidak dapat memuaskan hati semua orang dalam satu masa. Selain 18 Januari 2004, tarikh 21 April 2007 juga kekal saya ingat lantaran ada sejarahnya tersendiri. Justeru itulah hari paling sesak dan mengejutkan bagi blog saya yang seadanya ini.

Kullu 'aam wa antum bikhayr!

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP