Khamis, Mac 04, 2010

PTPTN PULA DISAMAN?

KUALA LUMPUR 25 Feb - Kes saman seorang peminjam  Perbadanan Tabung Pendidikan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini disebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas bagi menggugurkan penguatkuasaan seksyen 22A Akta PTPTN 1997 ke atas dirinya.

Mengikut peruntukan Seksyen 22A Akta PTPTN nama seseorang peminjam boleh disekat serta-merta untuk ke luar negara sehingga individu terbabit menjelaskan pembayaran pinjaman. Namun plaintif, Ummi Kalthom Abdul Rahman, 29, menuntut agar penguatkuasaan yang dikenakan ke atasnya digugurkan kerana mendakwa akta itu digunakan secara tidak adil, subjudis, mala fide dan menyalahi Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Beliau turut mendesak agar diberi kebebasan ke luar negara tanpa sebarang halangan dan sekatan bagi tujuan pekerjaan dirinya selaras dengan hak kebebasan seseoang individu dalam Perkara yang sama. Saman itu disebutkan dihadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Diana Mohd Razali pada pukul 9:00 pagi tadi.

Peguam plaintif, Mohd Ashadi Saiman melalui Tetuan Ashadi & Co memfailkan saman tersebut pada 21 Januari lalu. Ashadi ketika ditemui Suara Keadilan berkata anak guamnya itu berdepan kesukaran urusan pekerjaannya di Australia berikutan rekod peribadi Ummi kini disenarai hitam daripada Jabatan Imigresen sejak Disember 2008.

"Masa diberikan kepada pihak PTPTN oleh Timbalan Pendaftar sehingga awal April depan untuk kemukakan afidavit saman ini.

Sumber: Suara-Keadilan.com

Memo: Mohd. Ashadi Saiman juga merupakan penulis muda dan mantan MPR 1996.


Read more...

Selasa, Mac 02, 2010

NA'UZUBILLAHI MINZAALIK

SEGAMAT 1 Mac - Seorang wanita berusia 22 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi yang hampir reput dalam tandas sebuah pusat latihan memandu di Jalan Lapangan Terbang di sini baru-baru ini. Wanita yang bekerja sebagai jurujual itu ditahan di rumahnya di Taman Segamat Baru pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Majid Md. Ali berkata, wanita itu ditahan kurang 24 jam selepas polis mendapat maklumat mengenai penemuan mayat bayi tersebut. Katanya, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
"Jika didapati bersalah, mereka yang terlibat boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Rabu lalu, seorang kakitangan di sebuah pusat latihan memandu gempar apabila menemui bungkusan berbau busuk yang ditinggalkan di dalam tandas wanita. Bungkusan plastik yang ditemui dalam sebuah tangki air tandas itu kemudian diperiksa oleh pihak polis sebelum disahkan sebagai mayat seorang bayi. Pemeriksaan lanjut oleh pihak hospital mengesahkan jantina bayi itu adalah lelaki, dipercayai dilahirkan kira-kira dua hingga lima hari sebelum mayatnya ditemui.

Sumber: Utusan Malaysia 

Memo: Ia semakin dekat, semakin dekat, semakin dekat di sekeliling kita. Ya Rabb, jauhilah anak cucu, kaum kerabat dan keturunan kami dari dicemari fahisyah  dan tabiat jahiliyah yang mengerikan itu. Jauhilah kami dari ujian yang seberat itu. Rabbana, wa la tuhammilna ma la thaaqata lana bihi!

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP