Isnin, April 26, 2010

BIANGLALA BOSPHORUS
HARI INI ADALAH SEJARAH ESOK


Saya menghela nafas puas. Terasa ada maklumat baharu menerpa masuk. Sudah berpuluh buah buku sejarah saya uliti, namun pandangan-pandangan bernas sedemikian jarang-jarang saya temui. Memandang sekilas ke jendela berlangsir biru nilakandi. Namun yang terbayang adalah wajah pemilik asal buku itu – Kamelya.

Alangkah syahdu dan bermaknanya pertemuan kembali kami semalam. Setelah pada paginya saya menangis gembira bertemu Vasiyet; pada sebelah tengah harinya kolam air mata saya sekali lagi pecah digempur rasa gembira dan terharu bertemu ibu kepada Emre dan Iman. Namun yang lebih menggemparkan apabila tiba-tiba saya dan Vasiyet dikejutkan dengan kemunculan seorang lelaki yang sangat kami kenali dari arah dapur.
Subhan Allah!

Memo: Bianglala Bosphorus adalah novel bersiri terkini saya yang disiarkan di Majalah Anis. Novel ini adalah sequel kepada novel kedua saya yang terbit pada 2003 iaitu Rona Bosphorus. Untuk mengikuti siri kelimanya, dapatkan Majalah Anis edisi Mei 2010 yang sudah berada di pasaran sekarang.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP