Khamis, Jun 03, 2010

PANTAI MENANGIS SIAPA TAHU

Pada 25 Mei 2010 lebih kurang pada pukul 6.05 pagi  telah berlaku perlanggaran antara MT Bunga Kelana 3, sebuah kapal tangki Malaysia dengan sebuah kapal kargo, MV Waily kira-kira empat batu nautika Barat Daya Tanjung Stapa, Pengerang, Kota Tinggi dan 3.7 batu nautika dari perairan Singapura. 

Perlanggaran itu telah mengakibatkan sisi kiri kapal MT Bunga Kelana 3 yang membawa kira-kira 61,800 tan minyak mentah, robek sepanjang 10 meter, manakala kapal kargo MV Waily hanya mengalami kerosakan kecil.

Baca lanjut perkembangannya di minda-kembara.com.

Memo: Gambar ihsan minda-kembara.com

Read more...

Selasa, Jun 01, 2010

NAMA-NAMA PEJUANG

Berikut senarai nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza yang berada di kapal Mavi Marmara yang diserang dan ditawan tentera rejim Israel awal pagi semalam. Maklumat adalah berdasarkan laman web Lifeline4Gaza.

  • Noorazman Mohd Samsuddin, HaluanPalestin
  • Dr Mohd Arbai'e Syawal, Haluanalestin
  • Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad, HaluanPalestin
  • Al-Hami Husain Suhaimi, HaluanPalestin
  • Mohd Nizam Mohd Awang, HaluanPalestin
  • Hasanuddin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
  • Jamuliddin Elias, Yayasan Amal
  • Dr Selamat Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
  • Abdul Halim Mohd Redzuan, Muslim Care
  • Mustafa Mansur, Mapim
  • Ashwad Ismail, wartawan Astro
  • Shamsul Kamal Latif, jurukamera Astro
Memo: Ya Allah, sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami. Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka Ya Allah. Ya Allah, leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka. Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka. Goncangkan pendirian mereka. Dan hantarkanlah anjing-anjing-Mu kepada mereka.Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa. Wahai Tuhan Yang Maha Agam. Wahai Tuhan yang bersifat murka. Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Wahai Tuhan yang menurunkan kitab. Wahai Tuhan yang mengarakkan awan. Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab. Kalahkan mereka! Kalahkan mereka! Kalahkan mereka! Dan menangkan kami ke atas mereka. 

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP