Khamis, Julai 15, 2010

PETIKAN MENARIK PADA MALAM BARANG NAIK

"Kita perlu menukar cara kita menggunakan bahan bakar dan gula. Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan tidak menyumbang kepada usaha kita melindungi alam sekitar.

Dengan 40 peratus rakyat Malaysia yang berlebihan berat badan atau obes – dan peningkatan jumlah penghidap diabetes – kita perlu menangani apa yang dilihat sebagai satu isu kesihatan. Mengurangkan penggunaan gula di kalangan anak-anak khususnya, adalah langkah yang tepat.

Ini adalah sebahagian dari sebab kenapa kerajaan memilih untuk menyelaraskan semula harga gula dan bahan bakar."


Baca sumber.


Memo: Selepas ni kita patut minum air masak sahaja sebab takut obesiti. Patut naik kereta solar sebab mahu pelihara alam sekitar. Mungkin kapal selam juga salah satu alternatif yang menarik.

Read more...

Rabu, Julai 14, 2010

SEHARUM KASTURI

Subjek Bahasa Arab Kertas 2. Lokasinya kelas Tingkatan 6 An-Nawawi. Kami sedang berbincang tentang sebuah puisi moden Arab yang dinukilkan oleh raja penyairnya, Ahmad Syawqi berjudul al-Jazirah. Dalam salah satu baitnya, Syawqi mengungkapkan keindahan al-Jazirah yang terletak di bahagian barat Sungai Nil dengan pelbagai tasybih (simile) dan salah satunya dengan perumpamaan kijang serta haruman kasturinya.

Saya tergerak untuk bertanya, apakah dia kasturi? Ramai yang menjawab, kasturi itu sejenis haruman. Benar sekali. Lantas saya menambah, kasturi dalam bahasa Arab disebut misk, manakala bahasa Inggeris yang baharu maju kemudiannya pula meniru bunyi sebutan orang Arab lalu disebut musk. Contohnya, wangian yang saya pakai ini disebut al-Misk al-Abyadh (kasturi putih) atau lebih dikenali sebagai White Musk (terutamanya di bawah jenama Body Shop).  

Kemudian saya bertanya, siapa tahu dari mana asalnya kasturi? Rupa-rupanya tiada yang tahu. Saya menjelaskan, ia berasal salah satu puncanya dari bahagian bawah kelengkang kijang. Semua ternganga terkesima tidak percaya. Masakan dari tempat sesulit itu menghasilkan bau yang amat wangi, balas mereka. Lalu saya berpesan agar mereka segera mencari maklumat tentang kasturi di Google dan bukan sekadar melayari Facebook di internet.

Oh ya, kembali kepada persoalan asal-usul kasturi; sejauh manakah kita mengetahui dari mana datangnya bahan yang istimewa ini? Bagi yang keliru, biasanya kasturi disangkakan ekstrak pati bunga, buah-buahan atau kulit kayu, sebagai mana dalam industri pembuatan minyak wangi. Sebenarnya, istilah kasturi merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.Walaupun kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.


Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras. Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian beralkohol.

Dalam sepotong hadis, Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi." (Hadis riwayat Al-Bazzar). 

Tidak semua kijang menghasilkan kasturi. Boleh ketahui lebih lanjut tentang kijang jantan/rusa kasturi yang menghasilkan wangian tersebut di sini.

Read more...

Selasa, Julai 13, 2010

KOP JULANG PIALA DUNIA

Selain pemain-pemain Barcelona dan Real Madrid yang banyak mewarnai final Piala Dunia 2010 pada 11 Julai lalu, sebenarnya terdapat empat pemain Liverpool dalam kedua-dua pasukan finalis - Sepanyol dan Belanda.

Tercari-cari juga kelibat para pemain Manchester United dan Chelsea kalau-kalau ada. Rasa-rasanya memang ada - siapa lagi jika bukan Gerard Pique dan Arjen Robben! :-)

Read more...

Isnin, Julai 12, 2010

RED CARD MISSING

Robben sakit kepala setelah ditinju oleh Puyol.
 

Alonso senak diterajang De Jong.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP