PPMN III

Isnin, Disember 19, 2011

Setelah terlepas untuk hadir pada PPMN II di Melaka, saya hadir juga ke PPMN III di Jalan Bellamy, Kuala Lumpur. Makalah yang dibentangkan bertajuk "Menelusuri Diaspora Penulis Muda Timur Tengah". Selain berpeluang berkongsi ilmu, inilah masanya untuk bersua teman-teman penulis dari seluruh Malaysia.

Sesi 2 ini moderatornya Sdr Salman Sulaiman yang berbaju batik kuning cair. Ditakdirkan para pemakalahnya terdiri daripada para pelajar pascasiswazah di UPM. Dari kiri, Maisarah Yaakub (yang mewakili Dr Kamariah Kamarudin), Zaid Akhtar, Muhammad Zharif Hassan, dan Saifullizan Yahaya.

Read more...

MARI BERJAWI

Isnin, Disember 12, 2011

Sebelum bius habis. Irfan dan sepupunya, Fahmi saling berpandangan dan tersenyum.



Fahmi mula menjerit kesakitan apabila biusnya hilang. Irfan terpinga kehairanan.
Terkedang. Cuba teka apa di dalam kain pelikat.

Read more...

WISATA BANDUNG 1 : Berburu Buku di Palasari

Rabu, November 30, 2011

Minggu pertama cuti. Wisata ke Bandung terlaksana sebagaimana dirancang. Barangkali Bandung adalah surga factory outlet bagi sesetengah orang. Tetapi bagi saya ia antara surga untuk pencinta buku. Penerbangan tambang murah kami tiba lewat malam sewaktu Harimau Muda membaham Garuda. Lalu pada pagi hari pertama lagi kami sudah terbenam dalam lubuk buku di Palasari.
Pusingan pertama ternyata tidak memuaskan hati, lantas kami ke sana lagi pada tengah hari kedua sejurus pulang dari Tangkuban Parahu. Di luar kedai hujan lebat ribut petir langsung tidak mengganggu.

Read more...

DARI LENSA PENGEMBARA 3 : Satu Malam di Viernheim

Ahad, Oktober 23, 2011

Heidelberg ditinggalkan. Kami menuju ke Viernheim, Mannheim untuk bermalam di sana. Nama tempat tersebut lekas mengingatkan saya kepada sebuah kelab bolasepak di Jerman, TSG Hoffeinheim. Keletihan menggigit. Perjalanan hampir 24 jam termasuk transit agak meletihkan. Sebuah teksi berwarna kuning berhenti di sebuah persimpangan berlampu isyarat. Sebuah Mercedes. Lihat sahaja modelnya, bisik Bro. Azhary.
Tiba di Viernheim ketika waktu Asar baru berusia setengah jam. Ia pekan yang tenang. Salji belum gugur di sini. Barangkali dalam sehari dua lagi. Namun bayu petangnya menusuk tulang.
NH Hotel. Ia hotel berskala sederhana dengan pelayan kaunter yang tidak mesra. Murah jika ditempah lebih awal secara atas talian. Sekadar untuk satu malam rasanya tidak menjadi masalah demi beroleh rehat secukupnya. Esok ada perjalanan ke sempadan Jerman-Switzerland yang harus ditempuh.
Tidak jauh dari tempat menginap kelihatan sebuah gedung pakaian dan barangan sukan. Malam hadir terlalu awal pada musim sejuk. Sejurus bersolat jamak taqdim Maghrib dan Isyak, kami menapak ke sana untuk meninjau. Adidas dan Puma adalah dua jenama barangan sukan yang berasal dari Jerman. Tentu ada pilihan yang menarik jika membeli di tempat asalnya sendiri. Beberapa meter dari situ, ada sebuah gedung menjual pakaian musim sejuk mustakmal. Saya berhasrat mencari mafla dan baju panas terpakai dengan harga yang rendah.

Read more...

DARI LENSA PENGEMBARA 2 : Gigil Heidelberg

Rabu, Oktober 19, 2011

Usai membeli snow cap dan beberapa keping poskad, perjalanan diteruskan dengan bas ke selatan, lebih tepat lagi ke barat daya Jerman. Destinasi kami selanjutnya adalah Heidelberg. Di luar salji-salji cair kelihatan sepanjang lebuh raya. Wiper bas yang kami naiki tidak henti-henti menyapu fros yang hinggap lalu bertenggek di cermin depannya.
Heidelberg terletak hampir 100 kilometer ke selatan Frankfurt. Perjalanan memakan masa sejam atau lebih sedikit.  Kelihatan sebuah gereja tua dengan jamnya menunjukkan  baru pukul 11.31 pagi. Alamak, rupanya saya terlupa mengubah lokaliti waktu pada DSLR saya. Masih memaparkan waktu Malaysia yang berbeza 7 jam.

Setelah melepasi Darmstadt, Viernheim dan beberapa bandar lagi, kami tiba di Kota Heidelberg yang menjadi tarikan pelancongan di sini. Dalam bahasa Jerman ia disebut Heidelberger Schloss. Ia sebuah kota lama yang unik dan bagaikan menjadi tempat yang wajib untuk dilawati di selatan Jerman. Sejuk makin menggigit, meskipun tiada salji. Apatah lagi, kota ini terletak kira-kira 80 meter di utara sebuah bukit tinggi.
Bersama teman seperjalanan, Bro Azhari yang macho dan sporting. Kami sebenarnya baru saja berkenalan tetapi mesranya bagai sudah kenal lama. Sedari dalam pesawat, transit di Bahrain, ada saja yang kami bualkan. Politik, sosial, sukan, pendidikan, ekonomi, malah dunia menjadi topik perbualan kami. Dia mantan PTD yang bersara awal. Kini usahawan berjaya.
Sebahagian kota lama yang runtuh. Katanya, akibat dipanah petir? Tetapi kesan runtuhnya itu masih kelihatan unik dan menarik untuk dirakam oleh lensa pengembara.
Bandar Heidelberg dari jihat Kota Heidelberg. Kelihatan Sungai Neckar mengalir lesu membelah bandar yang bersejarah ini.

Read more...

DARI LENSA PENGEMBARA : Rontok Frankfurt

Selasa, Oktober 18, 2011

Turun dari pesawat pada pagi 24 November dingin itu, terus saja menelusuri sebuah kawasan bandaran di tengah Frankfurt yang mewah dengan souvenir. Tiada yang menarik minat selain aroma roti bakar dan beberapa keping poskad. Sayang tidak dapat berlama-lama di sini.

Krismas lagi sebulan, tetapi di sana sini sudah ada jualan sempena perayaan. Barangkali selari dengan musim dingin yang datang sangat awal. Saya tidak menyangka, setelah 10 tahun tidak menempuh musim dingin, perjalananan kali ini benar-benar menguji kerana dinginnya tahap ekstrim.

Read more...

SESEKALI

Ahad, Oktober 09, 2011

Lisdawati ketika penggambaran drama Maqam Cinta di PTS

Read more...

JURUKAMERA

Sabtu, September 03, 2011

Raya kelima. Ada kenduri keluarga yang perlu dikendali dalam mood raya. Tetapi ia program yang dinanti-nanti kerana pastinya akan menghimpunkan seluruh ahli keluarga dan kaum kerabat jauh dan dekat.

Derap pengantin
Walimah Izzah, anak bongsu Mak Ngah agak besar. Mak Andam nampak tergesa-gesa benar dan jurukamera yang menjadi pengiringnya pula tiada. Lalu saya terpaksa menjawat tugas baru. Menjadi jurukamera. 

Debaran dua mempelai
Sifar pengalaman namun saya cuba belajar dan melakukan yang terbaik sebagai kenang-kenangan pengantin dan keluarga. Terlalu banyak lagi yang perlu dipelajari tentang fotografi dan kreativiti.

Menyarung tanda cinta

Read more...

GAMBAR RAYA TAHUN INI

Jumaat, September 02, 2011


Read more...

EIDIL FITRI 1432H

Khamis, September 01, 2011

Salam lebaran buat semua. Maaf batin dan zahir. Kullu 'aam wa antum bi alfi khayr. Eidil Fitri tahun ini kami sambut di Senggarang. Tentu sahaja burasak menjadi pilihan utama keluarga, namun saya berjaya beroleh lemang.

Burasak. Juadah tradisi Bugis pada pagi raya

Ziarah ke rumah saudara-mara sebelah isteri agak meriah dan menyeronokkan kerana kami berkonvoi tiga empat buah kenderaan. Hampir semua rumah-rumah "wajib" kami berjaya ziarahi. Jadual ziarah bermula seawal jam 10 pagi dan berakhir hampir 11 malam.


Di rumah Tamrin, Parit Jabar
Di rumah Kak Atik & Abg Malek di Parit Jabar
Selepas asar raya kedua, kami sudah bertolak ke Endau. Tiba di Endau jam 10.05 malam. Suasana hari raya yang biasanya meriah di Endau masih berbaki, namun mulai raya ketiga kami akan mulai bertungkus-lumus untuk sebuah kenduri walimah yang besar di rumah Mak Ngah.

Read more...

Rabu, Ogos 24, 2011

PERJALANAN TERAKHIR CIKGU AZIZI

Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad mencium dahi jenazah Azizi Haji Abdullah ketika menziarahi di rumahnya di Taman Bersatu, Kulim, Kedah, 21/8/2011. 

Read more...

Jumaat, Ogos 12, 2011

ANDAINYA RASULULLAH ADA DI SISI KITA


لو كان بيننا الحبيب
لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب
طالباً قرب الحبيب

بقربه النفس تطيب
وتدعوا الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب
بلغنا لقاه يا مجيب

فدتك روحي يا حبيب
محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين

If the beloved were among us
Those from far & near will come to him
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be near to Him

In His company the soul feels great
On that moment If it prays to Allah, Allah will surely answer
The light of Taha will not cease to exist

Oh You who answers prayer please fulfill our hope to meet him
I am willing to sacrifice my life for you
Oh beloved
Muhammad honor of strangers
In your company the soul feels great
Oh mercy to all the worlds (s.a.w)

Read more...

Selasa, Ogos 09, 2011

PETIKAN ASIATIC

Who are the writers who inspire you most? We understand that you admire the works of Keris Mas, Shahnon Ahmad, Hemingway and Faulkner. What distinguishes them from other writers?

Generally, the four of them excel in their narrative skills; their works are wellordered and contain rich thematic and artistic elements. They know their language well and manipulate it very creatively. We are taken on a journey, observing people and their every day experiences in a way that is vivid and convincing. We are invited to experience their physical world and partake of their (the characters’) spiritual and emotional spheres. There are also philosophical and educational subtexts in their works which help to enhance the  intellectual experience. Thus, in their works, we not only get to observe characters and events, but also experience profound ideas.

You also like the works of the Indonesian writer Pramoedya Anata Toer. Is it for the same reasons?

Yes, for the reasons I mentioned above. Furthermore, if we compare him to the other four writers, Pramoedya’s life was far more difficult; he was politically oppressed and incarcerated. In spite of all that, however, he held on to his idealism and poured it all out into his writings, to the extent that we could see his life in his work. I also like Pramoedya because of the affinity of his narrative prose to Bahasa Melayu. It is not Indonesian like that of most contemporary young Indonesian writers. In some of his works, the language seems very much Malay,clear and well-ordered, like the narrative language of Keris Mas – and of course
clear writing comes from a clear mind.

Who are these young writers you have in mind? 

I am thinking of, among others, Zaid Akhtar, Faisal Tehrani, Nisah Haron, Mawar Shafie and S.M. Zakir. They write with a clear literary awareness and vision. They are different from a number of other writers who crave for popularity by writing pop fiction.

                                                                               - Sasterawan Negara Anwar Ridhwan  

Sumber : Asiatic, Vol.4, Number 1, June 2010

Read more...

Selasa, Ogos 02, 2011

KITUL MENDELIAR
Pagi PR, petang Warganegara



Beruntungnya Mismah. Pagi dia masih lagi Penduduk Tetap (PR). Petang sudah dapat taraf warganegara. Pengkhianatan apakah ini? Pendustaan apa lagi yang dapat kalian telan?

Read more...

Ahad, Julai 24, 2011

HIJAB TEKONG SEPAK TAKRAW
 
Cahaya Permata Fahrani sedang beraksi
“Abang Syahir hebat. Naj … Naj kagum dengan abang.”
Lidah saya kelu tiba-tiba. Tergegau saya sejenak. Rasanya telinga saya tidak tersalah. Denyutan nadi hampir sama lajunya dengan degupan jantung. Sudah menggunung pujian saya terima, tetapi tidak sama dengan pujian yang saya dengar kali ini. Tidak pernah saya alami pengalaman begini.
“Tiba-tiba Naj rasa kagum melihat kesungguhan Abang Syahir.” Dia menarik nafas. “Kesungguhan Abang Syahir dalam mempertahankan prinsip.”
“Maksud Najlah?”
“Tak ramai orang yang macam abang. Dalam dunia badminton ni, hanya abang seorang. Naj tabik dengan ketegasan abang untuk berpakaian menutup aurat ketika bermain.”
Saya menghela nafas lega. Debaran sedikit merosot.
“Sebetulnya, lepas baca Mingguan Riadah hari tu, lepas dengar kata-kata abang, Naj berfikir; kenapa Naj tidak menjadi seperti abang?” luahnya lagi. “Kenapa seorang pemain lelaki seperti abang bersungguh-sungguh mahu menutup aurat, sedang Naj sendiri seorang perempuan Islam membiarkan aurat ni terbiar dipandang orang lain?”
Saya terkasima. Bagai tidak percaya dengan apa yang saya dengar. Kalau benar ada insan yang terpandu hatinya untuk melaksanakan syariat agama sejurus melihat penampilan dan akhlak saya, alangkah bermaknanya.
“Sebagai pemain, Naj lihat abang adalah contoh terbaik yang boleh Naj ikut.” Wan Najlah tidak berselindung-selindung lagi. “Naj … Naj nak tutup aurat. Naj nak pakai tudung, tapi …”
Subhan Allah!
Saya hampir terlonjak gembira. Ini bukan mimpi, ini benar realiti. Taufik hidayah Tuhan boleh datang bila-bila masa tanpa kita duga.
“Tapi apa, Najlah?”
“Tapi Naj takut. Naj takut dengan pandangan dan kata-kata orang-orang di sekeliling kita. Naj bimbang tak sekuat abang.”
Ya. Perkara yang baik-baik kadangkala dipandang serong pada mulanya. Saya pernah mengalami situasi itu. Memang perit. Tapi saya nekad. Yakin dengan rahmat Allah. Keberkatan menjadi keutamaan.

Memo: Fragmen novel  keempat saya,  Justeru Impian di Jaring, 2007.

KUALA LUMPUR 22 Julai – ”Hijab” dan pakaian yang menutup aurat tidak menghalang tekong dari skuad wanita Indonesia, Cahaya Permata Fahrani membuat libasan kencang ketika beraksi di Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) 2011 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa hari ini.
Cahaya Permata, 18, berkata, beliau tidak merasa kekok walaupun memakai ”hijab” dan seluar panjang ketika beraksi di mana-mana kejohanan sekalipun. "Sebagai Muslimah saya rasa bangga beraksi di gelanggang tanpa mendedahkan aurat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau yang mula berjinak dengan sukan sepak takraw pada 2006 berkata, pada pendapatnya tidak menjadi kesalahan wanita Muslim bertudung aktif dalam sukan selagi menjaga aurat seperti yang disyariatkan oleh agama Islam.
Atlet Indonesia yang berasal dari Sumatera Selatan itu berkata, beliau mula memakai ”hijab” pada 2007 sebagai menunaikan nazarnya terpilih menyertai Sukan Kejohanan Olahraga Nasional Indonesia (PONI) 2007.Cahaya Permata yang belajar di Universiti Sri Wijaya, Kalimantan itu berkata, impiannya selepas ini adalah untuk beraksi di temasya Sukan SEA, Indonesia pada hujung tahun ini. – Bernama

Read more...

Khamis, Julai 07, 2011

PELUDAH WARNA

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A. Samad Said


Memo: Sebagai satu dokumentasi berharga, saya berbangga memaparkan puisi Pak Samad yang sangat bersejarah itu di sini.

Read more...

Ahad, Julai 03, 2011

KEMBARA BEIJING : Catatan iii

Bangun awal pagi. Sejurus solat subuh, mata masih mengantuk. Maklum sahaja subuh masuk jam 2.47 pagi. Tepat jam 8 pagi, sesudah bersarapan, terus menaiki bas persiaran. Hari ini ada perjalanan memenatkan menanti kami. Terasa risau juga memandangkan sudah lama tidak menapak dalam jarak yang agak jauh. Namun saya fikir, ia tidak seteruk menapak dalam cuaca musim rontok yang ekstrim di Eropah pada November-Disember 2010 lalu. 

Berlatarkan layar lebar di dataran
Destinasi kami hari ini adalah Medan Tiannanmen. Medan atau dataran paling bersejarah di China saya kira. Nama dataran bandar terbuka yang terluas di dunia ini saya dengar pertama kali pada 1989 sewaktu belajar dalam Darjah 6. Apalagi yang membuatkannya terkenal selain perhimpunan pelajar dan rakyat pada 15 April hingga 4 Jun 1989. Meskipun banyak lagi peristiwa berbentuk perarakan atau pengumuman bersejarah yang berlaku di dataran ini, namun ia tidak dapat menandingi kemasyhuran Bantahan Medan Tiannanmen atau disebut juga Tragedi Berdarah Tiannanmen yang menelan korban ribuan nyawa pelajar dan rakyat marhaen ketika itu. 

Luas amat
Ming yang menjadi pemandu pelancong kami sibuk bercerita di dalam bas tentang trgaedi berdarah susulan demonstrasi tersebut. Walau bagaimanapun ceritanya jauh menyeleweng dari apa yang saya baca dari pelbagai sumber dan yang saya tonton di History Channel sebelum ini. Sekadar mampu menggeleng. Saya faham ketakutan yang dialami oleh penduduk Beijing seperti Ming yang tidak berani mengungkapkan kebenaran yang mereka simpan selama-lamanya di hati. Bercakap tentang peristiwa tersebut tanpa menurut versi yang 'disejarahkan' oleh kerajaan di khalayak ramai, boleh menghantar seseorang itu ke penjara. Bukankah China sebuah negara komunis terbesar di dunia.

Muzium Kebangsaan China
 Atau barangkali Ming bercerita berdasarkan buku sejarah yang dipelajarinya. Ya. Buku sejarah tidak semuanya benar. Fakta yang kita baca dalam sesebuah buku, tidak semestinya tepat dan mewakili kebenaran; barangkali sudah diubahsuai mengikut sisi pandangan pemerintah, demi kepentingan pemerintah. Itu sudah dilakukan sejak zaman-berzaman. Yang ikhlas berjuang dan berkorban bermati-matian, didakwa pembelot, pengganas dan pengkhianat. Sebaliknya yang bersekongkol dengan penjajah, pengampu kolonial, penjual agama, dan perasuah tegar, didendangkan pula sebagai wira dan serikandi. Itu banyak berlaku di mana-mana negara. Justeru, usah mudah terpedaya dengan topeng sejarah yang sering menjadi senjata ampuh yang menjajah minda selama-lamanya tanpa sedar.

Medan Tiannanmen luas amat. Entah mengapa saya lekas terkenang Medan Tahrir di Kaherah yang pernah saya lewati dua kali. Dengan kapasiti lebih sejuta orang berhimpun di Medan Tahrir mampu menumbangkan rejim Hosni Mubarak yang keji dan zalim, inikan pula jika rakyat Beijing memenuhi seluruh Tiannanmen. Dan entah mengapa, tidak semena-mena, saya lekas juga terkenang Dataran Merdeka!

Bergambar beramai-ramai sebelum menyeberang Lebuh Chang'an
Menuju Pintu Tiannanmen sesudah melalui terowong bawah tanah yang merentasi Lebuh Chang'an
Sebetulnya, dataran ini terletak antara dua buah pintu gergasi yang dibina pada zaman silam, iaitu Tiannanmen di utara dan Zhengyangmen di selatan. Di sepanjang sisi barat terdapat Dewan Besar Rakyat. Sepanjang sisi timur pula ialah Muzium Kebangsaan China (yang dikhususkan untuk sejarah China sehingga tahun 1919). Lebuh Chang'an yang digunakan untuk perarakan pula terletak antara Pintu Tiannanmen dan Dataran Tiannanmen.

Menghampiri Pintu Tiannanmen
Di hadapan potret besar Mao Zedong

Menapak di Medan Tiannanmen memang agak melenguhkan, namun mengambil foto di setiap sudutnya juga boleh dikira mengasyikkan. Setelah puas menapak dari selatan ke utara, sebelum melepasi Lebuh Chang'an, pada bangunan agam yang dinamakan Pintu Tian'an di seberangnya, kelihatan jelas potret agam Mao Zedong yang menubuhkan Republik Rakyat China pada 1 Oktober 1949. Inilah pemimpin ulungnya yang berjaya menjadikan China sebuah negara komunis hingga ke hari ini.

Merentasi Pintu Tiannanmen menuju ke Kota Larangan

Read more...

Selasa, Jun 28, 2011

ISRA' WA MI'RAJ

Doa yang meruntun hati sebelum selesai kuliah
Selepas bersolat maghrib, terus berkereta ke Masjid Kampung Jawa kira-kira 5 kilometer dari kediaman saya. Niat saya hanya dua. Menghadiri ceramah Isra' wa Mi'raj sempena esok 27 Rejab 1433 yang disampaikan oleh Prof Muhd. Kamil Ibrahim dan seterusnya bersolat isyak berjemaah di sana.

Menurut Prof, itulah kali pertama beliau mendapat peluang berceramah di kariahnya sendiri. Alhamdulillah, tercapai juga hajat dan lintasan hati Prof yang bakal berhijrah ke Madinah untuk bertugas di Universiti Toyyibah kira-kira dua bulan lagi. Saya dapat melihat betapa gembiranya dia. Dengarnya, Prof dan isteri sudah mewakafkan banglo Ar-Raudhah yang didiaminya sekarang kepada PERKIM Segamat untuk dijadikan markas kegiatan dakwah dan ilmu. Subhan-Allah. 

Seperti biasa, ceramah Prof akan cuba membawa sisi yang berbeza. Namun lazimnya beliau tidak akan lupa menyebut tentang solat berjemaah dan qiam yang sudah diceramahkannya lebih 2000 jam. Tentang sifat syukur seorang Nabi. Tentang sifat sabar yang sebenar bila menjadi mangsa banjir.

Ya, betapa agungnya sifat ar-Rahman-Nya yang memberi kelonggaran solat daripada 50 waktu kepada 5 waktu. Betapa agungnya sifat ar-Raheem-Nya yang mengurniakan waktu sepertiga malam untuk sekalian hamba.

Read more...

Ahad, Jun 26, 2011

KEMBARA BEIJING : Catatan ii

Amin@Ming beragama Islam. Masih bujangan pada usia akhir 30-an. Salah seorang pemandu pelancong yang sangat laris di ICT (Islamic China Tours). Kefasihannya berbahasa Melayu mengagumkan. Katanya, dia graduan Beijing Foreign Studies University yang menjurus dalam Pengajian Melayu. Justeru, bahasa ibunda kita tidak menjadi masalah baginya. Lagu Ayat-ayat Cinta nyanyian Rossa menjadi nada dering telefon bimbitnya.

Amin memperkenalkan dirinya. Mesra
Ming dan temannya yang memandu bas persiaran akan menemani kami sepanjang 6 hari di China. Perjalanan dari Tianjin ke Beijing memakan masa 2 jam. Jalan tidak macet. Cuaca juga tidak terlalu panas. Kami tidak terus ke hotel sebaliknya dibawa untuk mengisi perut di sebuah restoran Islam di pinggir Beijing.Alhamdulillah, perut memang sudah lama mendendangkan lagu keroncong sebenarnya.

Restoran halal orang-orang Islam Xinjiang
Menanti hidangan diedarkan satu demi satu

Juadah makan malam. Bawang besar dan kobis wajib ada.
Hampir jam 5 petang, kami tiba di sebuah restoran halal. Kebanyakan restoran Islam di Beijing katanya dimiliki oleh Muslim dari etnik Uygur yang menetap di Beijing. Etnik Uygur adalah etnik majoriti di wilayah Xinjiang atau dulunya dikenali sebagai Turkistan Timur. Insya-Allah, saya akan menulis sebuah entri khusus tentang etnik ini memandangkan saya membawa bersama sebuah buku berjudul Cerita Minoriti Muslim di China untuk dibaca sepanjang permusafiran kami. Buku tulisan Ann Wang Seng itu saya beli di PBAKL 2011 di PWTC awal Mei lalu.
Tiba di hotel Tai Shun yang dikelilingi deretan kedai-kedai kecil
Hotel Tai Shun yang menjadi lokasi penginapan kami
Jam 6.30 petang, kami tiba di Hotel Tai Shun setinggi 7 tingkat. Saya kira ia bertaraf 3 atau 4 bintang. Bagi peserta yang masih belum bersolat jama' takhir masih boleh melakukannya kerana Maghrib masuk jam 7.35 malam. Saya sudah menunaikan jama' taqdim di lapangan terbang. Malam itu kami lena awal sebelum Isyak. Letih. Subuh esok masuk jam 2.47 pagi.

Read more...

Jumaat, Jun 24, 2011

SEBELUM DAJAL DATANG    
                  
Bodoh biarlah bertempat.

Memo: Penayang video lucah pun mahu dijulang sebagai wira. Apa punya muflis akhlak mereka ini? Kalau dipanggil "keldai", tahu pula marah. Lapar habuan sangat agaknya.
 

Read more...

Sabtu, Jun 11, 2011

KEMBARA BEIJING : Catatan i

Kata ulama, tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina. Hasrat untuk ke sana memang sudah lama ada, namun tertangguh seketika setelah saya memilih Eropah sebagai destinasi pada kembara November-Disember lalu. Akan tetapi, apabila beberapa guru sekolah saya dan pasangan mereka bermuafakat sejak awal tahun 2011 untuk ke Beijing, kami berdua tidak berfikir panjang untuk turut menyertai.

Lapangan Terbang Antarabangsa Tianjin
Bas pelancong yang akan membawa kami ke mana-mana selama di China
Tol di Tianjin
Ya, akhirnya kami tiba di Tanah Besar China. Tepat jam 2.30 petang waktu Tianjin (sama waktunya dengan Kuala Lumpur), pesawat Air Asia yang kami naiki selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianjin setelah menempuh enam jam penerbangan. Kembara 6 hari 5 malam dari 3-8 Jun 2011 ini disertai oleh 16 peserta. Kebanyakannya berpasangan, kecuali beberapa orang yang masih bujang dan sengaja kembara solo. 

Penat? Memang agak penat terpaksa menaiki pesawat tambang murah Air Asia yang agak sempit dan miskin ruangnya. Apatah lagi saya ditempatkan di kerusi bersebelahan pelancong wanita China yang kerap benar ke tandas. Istirahat dan tidur saya sering terganggu dalam penerbangan. Namun kelihatannya masing-masing mulai bersemangat untuk menempuh hari-hari seterusnya di ibu negara China.

Siapa yang menyambut kami di Tianjin? Itu pertanyaan yang bermain di antara kami mulanya. Ternyata kami dikira agak beruntung. Ada gerangan yang sudah menanti. Dia seorang pemuda Cina asal Beijing. Namanya Amin atau lebih mesra dipanggil Ming. Fasih berbahasa Melayu slang Indonesia. Di lapangan terbang, dia menanti kami di balai ketibaan dengan sebatang besi yang terikat di hujungnya panji kecil berwarna biru muda di tangan; dengan senyuman intim di wajah. Dia menggoyang-goyangkan panji itu sambil menyapa mesra.

Selamat datang ke Tianjin!

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP