Selasa, Mac 01, 2011

ASYRAT AL-SA'AH

Menjadi kegemaran saya sejak zaman pelajar dulu mengumpul buku-buku (terutamanya dalam bahasa Arab) yang berkaitan hari Kiamat. Setiap kali ke kedai buku atau pameran buku antrarabangsa saya sering mengintai buku-buku terbaru bertemakan demikian. Biasanya buku-buku berbahasa Arab yang berkaitan dengan salah satu Rukun Iman kita itu dinamakan Asyrat al-Sa'ah  (أشراط الساعة) yang bermaksud tanda-tanda hari Kiamat.

Menariknya, agak banyak buku yang berkongsi judul sebegitu. Barangkali mengambil sempena hadis-hadis fitan yang banyak ditemui bermula dengan matan  ... مِن أشراط الساعة  (antara tanda-tanda Kiamat).



Ramai penulis Islam yang menyentuh topik berkenaan. Malah mereka menulis dari pelbagai aspek seperti tanda-tanda kecil, tanda-tanda besar, tanda-tanda yang telah berlaku, tanda-tanda yang sedang berlaku, dan tanda-tanda yang akan berlaku menjelangnya Kiamat. Antara yang pernah menulis berkenaan topik yang menarik ini seperti Dr. Sulaiman Asyqar, Yusof Wabil dan ramai lagi.

Dalam koleksi saya yang agak banyak itu, saya paling menggemari buku Asyrat al-Sa'ah oleh Yusof Wabil yang ditulis untuk meraih ijazah sarjananya di Universiti Ummul Qura. Buku ini malah sudah diterjemahkan ke bahasa Indonesia dan bahasa Melayu. Sewaktu mengaji dulu, kami sempat menganjurkan kelas pengajian buku berkenaan yang diajarkan oleh Dr. Muhammad al-Malkawi di Masjid Universiti Yarmouk sejurus Maghrib sekali seminggu.

Sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tahun lepas, saya menemui sebuah lagi buku berkenaan hari Kiamat yang agak terkini. Judulnya Nihayah al-Alam (Kesudahan Alam) yang tampil dengan konsep lebih menarik.

Bukunya agak tebal, berkulit keras tetapi memiliki ilustrasi berwarna yang membezakannya dengan buku-buku berkonsep demikian sebelumnya. Saya tanpa berfikir panjang, terus sahaja membeli dengan harga RM40 selepas ditolak diskaun pada hari terakhir.

3 komentar:

Sham al-Johori 7:27 PTG  

Salam syeikh Zaid Akhtar.
Apa kata kita terjemah buku ini.

Zaid Akhtar 8:10 PTG  

Buku itu baru sangat lagi. Kena berurusan dengan penerbitnya di Arab sana.

Tanpa Nama,  6:16 PTG  

Kenapa tidak Ustaz menulis pula topik berkenaan dengan merujuk semua buku2 yang telah ustaz kumpulkan ke dalam bahasa Malaysia. Kerana tidak semua boleh membaca dalam bahasa Arab.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP