Selasa, April 05, 2011

GAYA KEWARTAWANAN BARU 

Saya bukan penyokong PKR. Bukan juga peminat tegar Anwar. Tetapi melihat kepada muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini, saya fikir ia adalah sesuatu yang tersangat melampau. Kalau sebelum ini, para pembangkang menggelarkannya Utusan Meloya. Gelaran itu sebenarnya sudah tidak relevan lagi. Kini ia sudah bertukar menjadi Utusan Melucah!

Apabila kepentingan politik sempit menguasai segalanya, manusia sudah jadi lembu. Bodoh, tongong dan tidak tahu malu. Mereka anggap seks adalah perkara biasa yang boleh dibicarakan di mana-mana, hatta dalam majlis rasmi sekalipun. Justeru, hari ini adalah hari paling hitam dalam sejarah akhbar Utusan Malaysia (dahulunya Utusan Melayu) yang pernah menjadi wadah perjuangan kemerdekaan negara pada abad lalu.

Apa jadahnya paparan Youtube itu menjadi muka depan akhbar yang dibaca oleh jutaan rakyat ini? Tidak pernah terfikirkah pihak atasan akhbar dan politikus yang bersembunyi di belakangnya tentang golongan muda seperti remaja dan kanak-kanak yang membaca akhbar ini? Tidak cukupkah selama ini pembaca dibosankan dengan kes liwat yang tidak berkesudahan. Kini dipantakkan pula dengan cover aksi lucah di sebuah bilik hotel yang entah siapa pelakonnya.

Syabas, Utusan Melucah! Gaya ini barangkali adalah gaya kewartawanan baru negara.

Memo: Syabas juga KDN kerana melacurkan etika dan membiarkan media tidak bermoral sebegini selesa bermaharajalela.


5 komentar:

Hafidz Nasir 6:12 PTG  

Bila sesuatu yang melibatkan bukan kerajaan ,cepat2 diorang keluarkan berita dan ulasan2 tuk menjatuhkan pihak2 seperti ini.Kadang2 hampir satu akhbar just for that particular parties.But when govt made mistakes or involved in something shameful, taw plak takut nak sebarkan berita sal tue..syap je..mana pergi keberanian mereka tue??Media sekarang dah jadi media kerajaan..apa lagi guna media kalau begitu,jika sekadar nak menunjukkan kesalahan satu piha,sebelah pihak lagi takde salah..dimana keadilan tuk rakyat??tuk mngetahui hakikat yg sbnarnya??

Mohd Affandi Hassan 7:09 PTG  

Shabas sdr. Zaid. Komentar anda benar2 tepat. Sayangnya tak ada seorang sasterawan/badan penulis menyatakan pendirian mereka, padahal mereka mendakwa merekalah penjaga etika dan moral bangsa. Nampaknya kebiadaban begini sudah dibudayakan, sehingga para sasterawan yang mengaku sangat sensitif itu pun menerima kejahatan begini sebagai sesuatu yang biasa. Malah para ulama sendiri, khususnya para mufti, membisu, tak kisah, menerima kebiadaban ini sebagai sesuatu yang sesuai dengan Islam. Baik pula Ku Li, yang mengkritik perbuatan jahat dan aib ini dengan keras, sebagai politik longkang. Saya dulu pernah berkata lemparkan saja para sasterawan ke dalam longkang kerana itulah tempat mereka yang sebenarnya. Rupanya benar2 berlaku. Shabas sdr. Kita mahu lebih ramai para penulis seperti sdr. yang bersuara ketika suara mereka diperlukan.

Zaid Akhtar 9:05 PTG  

Hafidz,
media muflis idea. hilang maruah dan hanya menjadi tunggangan pihak "itu"

Zaid Akhtar 9:08 PTG  

Pak Affandi,
selamat datang ke blog saya yang seadanya ini. Satu penghormatan bagi saya apabila tuan meninggalan komen di sini.

Saya tidak dapat menerima muka depan akhbar utama yang "sekeji" itu. Memang biadab.

Nuruddin Azri 7:29 PG  

Setuju 100% dengan penulis.

Utusan memang hilang panduan.Inilah jadinya apabila Islam bukan sebagai tempat rujukan dan pedoman setiap gerak-geri perbuatan.

urm,KDN tu apa ye?

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP