Selasa, Jun 28, 2011

ISRA' WA MI'RAJ

Doa yang meruntun hati sebelum selesai kuliah
Selepas bersolat maghrib, terus berkereta ke Masjid Kampung Jawa kira-kira 5 kilometer dari kediaman saya. Niat saya hanya dua. Menghadiri ceramah Isra' wa Mi'raj sempena esok 27 Rejab 1433 yang disampaikan oleh Prof Muhd. Kamil Ibrahim dan seterusnya bersolat isyak berjemaah di sana.

Menurut Prof, itulah kali pertama beliau mendapat peluang berceramah di kariahnya sendiri. Alhamdulillah, tercapai juga hajat dan lintasan hati Prof yang bakal berhijrah ke Madinah untuk bertugas di Universiti Toyyibah kira-kira dua bulan lagi. Saya dapat melihat betapa gembiranya dia. Dengarnya, Prof dan isteri sudah mewakafkan banglo Ar-Raudhah yang didiaminya sekarang kepada PERKIM Segamat untuk dijadikan markas kegiatan dakwah dan ilmu. Subhan-Allah. 

Seperti biasa, ceramah Prof akan cuba membawa sisi yang berbeza. Namun lazimnya beliau tidak akan lupa menyebut tentang solat berjemaah dan qiam yang sudah diceramahkannya lebih 2000 jam. Tentang sifat syukur seorang Nabi. Tentang sifat sabar yang sebenar bila menjadi mangsa banjir.

Ya, betapa agungnya sifat ar-Rahman-Nya yang memberi kelonggaran solat daripada 50 waktu kepada 5 waktu. Betapa agungnya sifat ar-Raheem-Nya yang mengurniakan waktu sepertiga malam untuk sekalian hamba.

5 komentar:

Pacifista - X 11:59 PTG  

la,prof kamil tak pegi madinah lagi ke?

Mawar 5:05 PG  

Adinda Zaid
kanda pembaca blog Prof MKI. bagus ya dapat mendengar kuliahnya.

Sham al-Johori 3:24 PTG  

Adinda Zaid,
kanda sedang mengarifi ikhtibar isra' wa Mi'raj.

mohamadkholid 10:52 PTG  

as salam, bertuah ustaz tuan dapat mengikuti kuliah MKI... Saya membaca blognya sudah terasa syahdunya.

Zaid Akhtar 7:31 PTG  

kanda mawar & kholid,
itulah keberuntungan kami yang bermastautin di segamat. :-)

hj shams,
salam insaniah

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP