Sabtu, Jun 11, 2011

KEMBARA BEIJING : Catatan i

Kata ulama, tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina. Hasrat untuk ke sana memang sudah lama ada, namun tertangguh seketika setelah saya memilih Eropah sebagai destinasi pada kembara November-Disember lalu. Akan tetapi, apabila beberapa guru sekolah saya dan pasangan mereka bermuafakat sejak awal tahun 2011 untuk ke Beijing, kami berdua tidak berfikir panjang untuk turut menyertai.

Lapangan Terbang Antarabangsa Tianjin
Bas pelancong yang akan membawa kami ke mana-mana selama di China
Tol di Tianjin
Ya, akhirnya kami tiba di Tanah Besar China. Tepat jam 2.30 petang waktu Tianjin (sama waktunya dengan Kuala Lumpur), pesawat Air Asia yang kami naiki selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianjin setelah menempuh enam jam penerbangan. Kembara 6 hari 5 malam dari 3-8 Jun 2011 ini disertai oleh 16 peserta. Kebanyakannya berpasangan, kecuali beberapa orang yang masih bujang dan sengaja kembara solo. 

Penat? Memang agak penat terpaksa menaiki pesawat tambang murah Air Asia yang agak sempit dan miskin ruangnya. Apatah lagi saya ditempatkan di kerusi bersebelahan pelancong wanita China yang kerap benar ke tandas. Istirahat dan tidur saya sering terganggu dalam penerbangan. Namun kelihatannya masing-masing mulai bersemangat untuk menempuh hari-hari seterusnya di ibu negara China.

Siapa yang menyambut kami di Tianjin? Itu pertanyaan yang bermain di antara kami mulanya. Ternyata kami dikira agak beruntung. Ada gerangan yang sudah menanti. Dia seorang pemuda Cina asal Beijing. Namanya Amin atau lebih mesra dipanggil Ming. Fasih berbahasa Melayu slang Indonesia. Di lapangan terbang, dia menanti kami di balai ketibaan dengan sebatang besi yang terikat di hujungnya panji kecil berwarna biru muda di tangan; dengan senyuman intim di wajah. Dia menggoyang-goyangkan panji itu sambil menyapa mesra.

Selamat datang ke Tianjin!

3 komentar:

❤‌Princess Nabilah ❤‌ 7:35 PTG  

wah suke2...ustaz ce citer lagi heheheh

Nisah Haji Haron 10:37 PTG  

Alhamdulillah, sudah ke Beijing! Ceritalah dengan lebih terperinci, saya cuma pernah ke Shanghai, Beijing belum lagi. Boleh jadi panduan untuk sesiapa yang mahu ke Tanah Besar China.

Zaid Akhtar 11:13 PTG  

Bell & Puan Nisah,
insya-Allah, akan dicatatkan semampu saya.
:-)

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP