DARI LENSA PENGEMBARA 3 : Satu Malam di Viernheim

Ahad, Oktober 23, 2011

Heidelberg ditinggalkan. Kami menuju ke Viernheim, Mannheim untuk bermalam di sana. Nama tempat tersebut lekas mengingatkan saya kepada sebuah kelab bolasepak di Jerman, TSG Hoffeinheim. Keletihan menggigit. Perjalanan hampir 24 jam termasuk transit agak meletihkan. Sebuah teksi berwarna kuning berhenti di sebuah persimpangan berlampu isyarat. Sebuah Mercedes. Lihat sahaja modelnya, bisik Bro. Azhary.
Tiba di Viernheim ketika waktu Asar baru berusia setengah jam. Ia pekan yang tenang. Salji belum gugur di sini. Barangkali dalam sehari dua lagi. Namun bayu petangnya menusuk tulang.
NH Hotel. Ia hotel berskala sederhana dengan pelayan kaunter yang tidak mesra. Murah jika ditempah lebih awal secara atas talian. Sekadar untuk satu malam rasanya tidak menjadi masalah demi beroleh rehat secukupnya. Esok ada perjalanan ke sempadan Jerman-Switzerland yang harus ditempuh.
Tidak jauh dari tempat menginap kelihatan sebuah gedung pakaian dan barangan sukan. Malam hadir terlalu awal pada musim sejuk. Sejurus bersolat jamak taqdim Maghrib dan Isyak, kami menapak ke sana untuk meninjau. Adidas dan Puma adalah dua jenama barangan sukan yang berasal dari Jerman. Tentu ada pilihan yang menarik jika membeli di tempat asalnya sendiri. Beberapa meter dari situ, ada sebuah gedung menjual pakaian musim sejuk mustakmal. Saya berhasrat mencari mafla dan baju panas terpakai dengan harga yang rendah.

5 komentar:

MARSLI N.O 8:01 PG  

Salam Ustaz: Tentunya perjalanan ini banyak mengilhamkan sesuatu. Wassalam.

MARSLI N.O

Zaid Akhtar 10:31 PG  

Insya-Allah, Tuan Marsli NO.
:-)

Nuruddin Azri ibn Zulkifli 8:45 PG  

salam.nice post.

besarlah harapan saya untuk admin blog ini supaya me'link'kan blog saya pada blog ini.cukuplah sekadar pautan itu.dan saya sendiri pun sudah linkkan blog ini di dalam blog saya.

moga sama2 dpt kongsi ilmu utk menegakkan Islam dan meneruskan hunusan pena2 dakwah.

apa2 pun semuanya tertakluk kepada admin blog ini sama ada handak bersetuju dgn perkongsian ini atau tidak.

sama2 dpt manfaat.

boleh lawati saya di

http://nuruddinazrizulkifli.blogspot.com/

JHaZKiTaRo 10:33 PTG  

salam kenal.. jemput singgah blog hamba (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca pengalaman hamba kembara ke 46 buah negara.. :)

Zaid Akhtar 7:45 PG  

Memang hebat pengalaman tuan hamba mengembara ke serata dunia. Tulislah buku.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP