DARI LENSA PENGEMBARA 2 : Gigil Heidelberg

Rabu, Oktober 19, 2011

Usai membeli snow cap dan beberapa keping poskad, perjalanan diteruskan dengan bas ke selatan, lebih tepat lagi ke barat daya Jerman. Destinasi kami selanjutnya adalah Heidelberg. Di luar salji-salji cair kelihatan sepanjang lebuh raya. Wiper bas yang kami naiki tidak henti-henti menyapu fros yang hinggap lalu bertenggek di cermin depannya.
Heidelberg terletak hampir 100 kilometer ke selatan Frankfurt. Perjalanan memakan masa sejam atau lebih sedikit.  Kelihatan sebuah gereja tua dengan jamnya menunjukkan  baru pukul 11.31 pagi. Alamak, rupanya saya terlupa mengubah lokaliti waktu pada DSLR saya. Masih memaparkan waktu Malaysia yang berbeza 7 jam.

Setelah melepasi Darmstadt, Viernheim dan beberapa bandar lagi, kami tiba di Kota Heidelberg yang menjadi tarikan pelancongan di sini. Dalam bahasa Jerman ia disebut Heidelberger Schloss. Ia sebuah kota lama yang unik dan bagaikan menjadi tempat yang wajib untuk dilawati di selatan Jerman. Sejuk makin menggigit, meskipun tiada salji. Apatah lagi, kota ini terletak kira-kira 80 meter di utara sebuah bukit tinggi.
Bersama teman seperjalanan, Bro Azhari yang macho dan sporting. Kami sebenarnya baru saja berkenalan tetapi mesranya bagai sudah kenal lama. Sedari dalam pesawat, transit di Bahrain, ada saja yang kami bualkan. Politik, sosial, sukan, pendidikan, ekonomi, malah dunia menjadi topik perbualan kami. Dia mantan PTD yang bersara awal. Kini usahawan berjaya.
Sebahagian kota lama yang runtuh. Katanya, akibat dipanah petir? Tetapi kesan runtuhnya itu masih kelihatan unik dan menarik untuk dirakam oleh lensa pengembara.
Bandar Heidelberg dari jihat Kota Heidelberg. Kelihatan Sungai Neckar mengalir lesu membelah bandar yang bersejarah ini.

0 komentar:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP