Selasa, April 05, 2011

GAYA KEWARTAWANAN BARU 

Saya bukan penyokong PKR. Bukan juga peminat tegar Anwar. Tetapi melihat kepada muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini, saya fikir ia adalah sesuatu yang tersangat melampau. Kalau sebelum ini, para pembangkang menggelarkannya Utusan Meloya. Gelaran itu sebenarnya sudah tidak relevan lagi. Kini ia sudah bertukar menjadi Utusan Melucah!

Apabila kepentingan politik sempit menguasai segalanya, manusia sudah jadi lembu. Bodoh, tongong dan tidak tahu malu. Mereka anggap seks adalah perkara biasa yang boleh dibicarakan di mana-mana, hatta dalam majlis rasmi sekalipun. Justeru, hari ini adalah hari paling hitam dalam sejarah akhbar Utusan Malaysia (dahulunya Utusan Melayu) yang pernah menjadi wadah perjuangan kemerdekaan negara pada abad lalu.

Apa jadahnya paparan Youtube itu menjadi muka depan akhbar yang dibaca oleh jutaan rakyat ini? Tidak pernah terfikirkah pihak atasan akhbar dan politikus yang bersembunyi di belakangnya tentang golongan muda seperti remaja dan kanak-kanak yang membaca akhbar ini? Tidak cukupkah selama ini pembaca dibosankan dengan kes liwat yang tidak berkesudahan. Kini dipantakkan pula dengan cover aksi lucah di sebuah bilik hotel yang entah siapa pelakonnya.

Syabas, Utusan Melucah! Gaya ini barangkali adalah gaya kewartawanan baru negara.

Memo: Syabas juga KDN kerana melacurkan etika dan membiarkan media tidak bermoral sebegini selesa bermaharajalela.


Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP